Hasrat Suci Seorang Gadis Iban Untuk Memeluk Islam Akhirnya Tercapai

Alhamdulillah, beberapa hari lepas seorang wanita berketurunan Iban, Julinica, telah melafazkan dua kalimah syahadah di Bilik Pengislaman Ibu Pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan, Bangunan PERKIM.

Impiannya untuk memeluk Islam sejak kecil lagi akhirnya tercapai. Kami juga turut terharu dan bersyukur kerana dapat menjadi saksi pada detik bermakna ini.

Julinica, atau nama Islamnya, Nurul Julinica Ezra Nicholas melafazkan kalimah toyyibah di hadapan Pengerusi PERKIM Cawangan Datuk Keramat, Ustaz Mohd Suhaimi Abd Aziz.

InsyaAllah, selepas ini saudara baru Nurul Julinica Ezra Nicholas akan berkhidmat di Asrama Darul Huda sebagai Pembantu Warden.

Semoga penghijrahan ini diredhai oleh-Nya, dan menjadi permulaan yang lebih baik buat beliau.

Sama-samalah kita doakan agar saudara baru Nurul Julinica Ezra Nicholas terus istiqamah dan tabah menempuh ujian mendatang.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *