Himpunan Doa untuk Keluar Dari Kesusahan

DOA-KELUAR-DARI-KESUSAHAN

Hidup ini ibarat roda. Ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah. Setiap orang akan melalui fasa kesenangan dan juga kesusahan. Ada kala, apabila kita diuji dengan kesusahan, kita akan rasa dunia ini seperti gelap gelita. Tidak tahu arah dan cara untuk keluar dari kegelapan tersebut.

Namun sebagai umat Islam, Allah telah mengajar kita cara untuk keluar dari kesusahan iaitu dengan berdoa. Doa ini adalah senjata bagi orang mukmin. Dengan berdoa, seseorang itu akan lebih dekat dengan Allah dan Allah akan membantu mereka yang meminta pertolongan.

Kenapa Pentingnya Berdoa?

Doa merupakan kunci dan jalan bagi setiap umat muslim untuk meminta pertolongan serta perlindungan dari Allah SWT. Selain itu, pentingnya juga berdoa dalam kehidupan ini sebenarnya adalah untuk diri manusia dan kehidupannya sendiri agar lebih baik secara jasmani mahupun rohani. 

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa Nabi Yunus, maka Allah akan memperkenankan doa mereka.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya tidak ada muslim yang berdoa dengannya untuk apa saja (hajatnya), melainkan akan dimakbulkan Allah doanya itu.” (Hadis Riwayat Ahmad).

Doa dan pergantungan kita pada Allah SWT akan menzahirkan satu perasaan sebagai seorang hamba yang sangat memerlukan  Tuhan yang Esa. Oleh itu, jom kita sama-sama berkongsi antara doa yang boleh diamalkan untuk keluar daripada kesusahan atau kesulitan yang dihadapi.

Himpunan Doa Keluar Dari Kesusahan

1) DOA KETIKA DITIMPA KESULITAN HIDUP

Dari Ibnu Abbas RA dia berkata, Rasulullah SAW biasa berdoa ketika dalam kesulitan. Baginda mengucapkan:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Maksudnya: Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyayang. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Pemilik ‘Arasy yang agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan pemilik ‘Arasy yang mulia.

[Hadis Riwayat Bukhari & Muslim]

Saidina Anas bin Malik menceritakan bahawa Rasulullah SAW apabila melalui saat-saat kesusahan atau kebimbangan, maka Baginda akan memohon bantuan dari Allah SWT dengan mengucapkan:

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ

Maksudnya: “Wahai Yang Maha Hidup, yang terus menerus mengurus, maka dengan Rahmat-Mu aku memohon bantuan.”

[Hadis Riwayat Tirmidzi]

Rasulullah SAW juga bersabda: Jika seseorang ditimpa kegundahan atau kesulitan, hendaklah dia berkata:

اللهُ اللهُ ربِّي لاَ أُشْرِكُ بهِ شَيْئًا

Maksudnya: “Allah, Allah adalah Rabbku. Aku tidak akan menyekutukan-Nya dengan suatu apapun.”

[Hadis Riwayat Abu Dawud]

2) DOA KETIKA SEDANG KESULITAN REZEKI

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ وَرَحْمَتِكَ، فَإِنَّهُ لاَ يَمْلِكُهَا إِلاَّ أَنْتَ

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu tambahan kurnia-Mu dan rahmat-Mu, kerana sesungguhnya tidak ada yang memilikinya kecuali Engkau.”

[Hadis Riwayat Thabrani]

3) DOA NABI MUSA AGAR DILAPANGKAN DADA

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya: “Ya Tuhanku, lapangkan untukku dadaku. Dan mudahkanlah urusanku. Dan lepaskan kekakuan dari lidahku. Agar mereka dapat dengan mudah mengerti perkataanku.”

[Surah Taha: 25-28]

4) DOA NABI IBRAHIM KETIKA KESUSAHAN

Doa ini adalah doa yang pernah dipanjatkan oleh Nabi Ibrahim AS ketika beliau akan dilempar dalam api yang membara.

حسبن الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير

Maksudnya: “Cukuplah Allah sebagai penolong dan Dia adalah sebaik-baiknya tempat bersandar.”

5) DOA PERLINDUNGAN DARI TAKDIR BURUK

اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk dan dari keberhasilan musuh.

[Sahih Bukhari]

6) DOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN

اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.”

[Sahih Ibnu Hibban]

7) DOA KETIKA RASA RESAH DAN GELISAH

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

[Sahih Bukhari]

8) ZIKIR NABI YUNUS

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

Maksudnya: Tidak ada Tuhan (yang dapat menolong) selain Engkau (Ya Allah!), Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk dalam orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

Sudahkah Anda Bersedekah Hari Ini?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti asnaf, ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik , muallaf, anak yatim dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top