HUKUM MENYAMBUT TAHUN BARU DAN TIPS MENGURUSKAN AZAM

SAMBUTAN TAHUN BARU

Bagi umat Islam, tahun baru mereka ialah pada awal Muharram dan pada waktu ini, mereka dianjurkan untuk membaca doa akhir dan awal tahun bagi memohon kepadaNya agar tahun yang telah dilalui diberkati dan menjadikan tahun baru lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Tahniah juga diucapkan kepada Perdana Menteri Malaysia yang tidak mengadakan sambutan Tahun Baru baru-baru ini bagi menghormati mangsa banjir di Pantai Timur. Sikap ini memupuk dalam jiwa kita agar sentiasa memikirkan keadaan saudara kita yang kurang bernasib baik diluar sana sedang kita bersuka ria menyambut tahun baru.

Walau bagaimanapun, menjadi persoalan juga buat umat Islam, adakah mereka boleh menyambut tahun baru Masihi sama seperti tahun baru Hijrah dan meraikannya dengan melakukan beberapa aktiviti lain seperti berkumpul bersama keluarga atau mengucapkan ‘Happy New Year’ kepada kenalan?

HUKUM MENYAMBUT TAHUN BARU

Perbahasan Ulama Mengenai Hukum Sambutan

Ulama telah membahaskan secara lengkap mengenai hukum sambutan tahun baru ini. Terdapat dua pendapat mengenai sambutan ini, iaitu:

1 – Haram Menyambutnya

Sambutan tahun baru kebiasaannya akan disekalikan dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh golongan bukan Islam dengan alasan untuk berseronok dan meraikan seperti konsert nyanyian, pakaian yang mendedahkan aurat dan hidangan yang haram seperti arak.

Oleh itu, sebahagian ulama seperti Al-Imam Al-Sani’ani RA mengharamkan kerana sambutan tahun baru diibaratkan seperti meniru sambutan golongan bukan Islam.

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah tergolong darinya.” 

Malah, dalam Islam, sambutan tahun baru yang sebenarnya ialah pada awal Muharram dan Baginda SAW dilihat berdoa pada waktu ini bagi meraikan tahun baru umat Islam. Tiada dalil dan riwayat yang sahih berkenaan sambutan tahun baru selain daripada tahun baru Islam.

2 – Harus Menyambutnya

Sebahagian ulama lain seperti daripada Mazhab Syafi’e menghukumkan harus dalam sambutannya dan mengucapkan ‘selamat tahun baru’ sama ada kepada orang Islam mahupun bukan Islam.

Jika terdapat majlis sambutan tahun baru, dibenarkan juga menghadirinya selagi majlis tersebut tidak bercampur dengan perkara yang haram seperti hiburan yang melampau, hidangan yang haram dan pembaziran.

Mereka berpendapat demikian kerana penerimaan terhadap kalendar moden (Masihi) merupakan penggunaan yang digunakan pada masa kini secara meluas dalam kehidupan seharian. Tidak seperti sejarah terdahulu yang mengaitkan kalendar Masihi ini dengan agama. Kini, masyarakat menggunakannya sebagai adat semata-mata dan tiada kena-mengena dengan agama lain.

Berdasarkan sebuah kaedah Fiqhiyyah ada menyebut mengenai sesebuah hukum yang bergantung kepada adat.

العَادَةُ مُحَكّمَةٌ

Maksudnya: “Adat (yang tidak bercanggah dengan syara’) boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan.” 

ULASAN HUKUM SAMBUTAN

Tuntasnya, selagi perkara dan sambutan itu tidak mendorong atau bercampur dengan perkara yang haram dan melanggar syara’, maka tiada masalah untuk menyambut dan mengucapkan tahun baru.

Tidak menjadi kesalahan untuk menghadiri undangan sambutan tahun baru, tetapi perlu diingat akan garis panduan yang telah ditetapkan Islam seperti tidak menyambut di rumah agama lain (gereja atau kuil), tiada unsur maksiat dan pembaziran.

Adalah lebih baik untuk menyambut tahun baru dengan muhasabah kembali diri dan apa yang telah berlaku sepanjang tahun sekali gus memperbaharui azam tahun baru dengan berusaha ke arah yang lebih baik.

Semoga tahun baru yang mendatang ini akan memberikan kebaikan buat diri sendiri dan orang sekeliling dengan niat dan azam yang baik.

AZAM TAHUN BARU

Sudah tentu sebaik sahaja menjelang tahun baru setiap orang akan memasang azam baru untuk dicapai pada tahun tersebut. Ada juga yang masih mengekalkan azam yang lama. Dan ada juga yang masih lagi mengejar azam yang sudah bertahun lamanya. Mungkin ada diantara kita yang masih keliru dalam menetapkan suatu matlamat dalam azam kita. Bukan itu sahaja, mungkin juga kita meletakkan azam yang terlalu tinggi dan tidak realistik untuk dicapai.

Oleh itu, dalam meletakkan azam tahun baru ada beberapa tips yang perlu diberi perhatian agar kita bergerak seiring dengan matlamat yang telah ditetapkan.

TIPS MENGURUSKAN AZAM

  • Matlamat Yang Realistik

Maksud matlamat yang realistik disini adalah jangan sesekali membina azam yang terlalu sukar untuk dicapai

Sebagai tuan punya tubuh pastinya kita tahu apakah sebenarnya keupayaan diri kita, maka janganlah terlalu menetapkan azam yang sukar untuk dicapai dikhuatiri kita akan merasa terlalu kevewa dengn hasilnya dan cepat berputus asa.

Azam ini haruslah secara berperingkat dan tidak salah untuk meneruskan azam yang sama seperti tahun lepas demi menjayakan misi azam terdahulu yang baru separuh dicapai.

Kita juga bebas untuk menetapkan azam demi kehidupan sendiri dan azamlah ingin meneruskan azam tahun lepas sehingga berjaya pada tahun ini jika dirasakan azam itu sepatutnya dicapai

  • Azam Yang Khusus

Cara terbaik untuk menjayakan suatu azam adalah dengan menetapkan azam yang khusus demi memperbaiki diri ke arah yang lebih baik untuk sesuatu perkara yang lebih penting terlebih dahulu.

Jika ditanya apakah pembaharuan yang ingin dicapai, semua orang boleh untuk menyenaraikan sehingga beribu perkara. Tetapi azam ini hanyalah untuk perkara terpenting yang ingin diusahakan sehingga tercapai untuk tahun tersebut.

Maka setelah disenaraikan azam dengan lebih terperinci, susunlah mengikut kepentingan dan keperluan diri dengan azam tersebut. Sebagai contoh, kita meletakkan azam berjaya menawan gunung Kinabalu. Justeru, sebelum mencapai objektif tersebut, perlu mendapatkan kecergasan tubuh badan dan ketahanan fizikal yang lebih daripada sebelumnya. Dengan itu, kita akan meletakkan azam yang pertama adalah menjaga pemakanan, melakukan aktiviti senaman secara berutin dan mendaki bukti yang rendah secara berkala sehinggalah mampu mendaki gunung yang lebih tinggi.  

  • Maklumkan Pada Orang Terdekat

Tidak dinafikan pasti akan ada yang merasa malu untuk berkongsi dan menghebohkan azam sendiri pada orang lain takut diketawakan dan diremehkan seandainya azam tersebut tidak pernah dicapai seumur hidupnya.

Hakikatnya, cara yang lebih mudah dan berkesan untuk mencapai sesuatu azam adalah dengan memaklumkan kepada orang yang terdekat dan tersayang. Kita sendiri yang memilih kepada siapa ingin diceritakan. Percayalah, dengan orang tepat kita akan mendapat sokongan moral dan kata-kata semangat daripada mereka.

Bahkan lebih baik lagi, mereka dapat bertindak sebagai pengawal dan penggera dalam membantu ita dalam mendisiplinkan lagi diri agar sentiasa beringat dengan misi untuk mencapai azam tersebut. Namun, jangan pula yang memarahi mereka kerana mengingatkan kita. Harus diingati bahawa kita yang pada mulanya meminta pertolongan mereka. Jika terlalu penat, berehatlah. Jangan pula berhenti ataupun memarahi orang yang terdekat.

  • Berikan Hadiah Sebagai Ganjaran Pada Diri Sendiri

Azam itu tidak akan terus bejaya dalam sekelip mata sebaliknya memerlukan masa dan proses. Setahun bersamaan dengan 12 bulan yang mana terdapat banyak hari dalam setahu itu kita melalui prosesnya. Maka gunakanlah masa yang ada dengan efisien dan efektif.

Sungguhpun begitu, melalui proses yang akan dijalani nanti, aka nada naik turunnya. Kita juga akan merasakan suatu saat dimana sangat hamper untuk mencapai azam tersbut namun gagal kerana hilang fokus. Kita juga akan melalui suatu saat dimana seolah-olah tiada penambahbaikan yang berlaku sedangkan kita telah melakukan dengan bersungguh-sungguh.

Oleh itu, bahagikan lah suatu azam itu dengan peringkat yang hendak dicapai. Dengan itu, aadalah tidak salah jika kita memberikan ganjaran buat diri kita sendiri suatu hadiah yang kita sendiri inginkan setelah mencapai suatu peringkat tersebut. Siapa lagi yang akan meraikan diri kita melainkan diri kita sendiri. Tidak ramai orang yang tahu susah payah yang kita lalui. Dengan sedikit ganjaran tersebut akan menaikkan lagi moral kita dalam mencapai peringkat yang seterusnya.

  • Lakarkan Garis Masa

Boleh dikatakan masa kini, penjualan planner sangat meluas dengan pelbagai grafik dan corak yang dipamerkan untuk menarik hati pelanggan. Tujuan utama planner tersebut bukanlah sebagai buku hiasan untuk dimuat naik di media social seperti Instagram, tetapi ianya bertujuan bagi kita meletakkan setiap azam yang khusus dan realistic tersebut pada waktu yang ingin dicapai. Hal ini kerana, manusia lebih termotivasi dan bersemangat bila mana mendapat tahu berapa lama lagi tempoh sebelum Tarikh akhir azam tersebut. Sistem ini samalah seperti sistem countdown yang dilakukan Ketika menghitung hari sebelum menghadapi peperiksaan SPM.

Lakaran garis masa ini tidaklah tertakluk hanya dalam buku planner sahaja. Sedangkan kita semua mempunyai telefon bimbit pintar untuk mengoptimasikan penggunaannya ke tahap tertinggi. Gunalah calendar dan reminder yang terdapat didalamnya bagi mengingatkan kita melakukan sesuatu perkara memandangkan masa kita dengan telefon lebih banyak berbanding hal yang lain. Boleh juga kita memuat turun aplikasi yang memberikan fungsinya seperti calendar dan reminder itu, bahkan mungkin datangnya fungsi tambahan seperti memeberikan notifikasi, sistem penggera dan sebagainya.

Dengan garis masa ini juga dapat memantau tahap kemajuan diri dalam mencapai suatu azam itu. Jika terlalu sedikit kemajuan yang dilakukan, dari situ kita dapat ketahui ada sesuatu yang tidak kena. Memerlukan masa untuk mengenal pasti masalah, merancang strategi baru dan melaksanakannya. Dengan garis masa ini, kita akan bergerak kearah kerja yang lebih efektif.

Inilah 5 tips yang boleh diamalkan dalam menentukan azam dan cara untuk mencapai azam tersebut. Apa sahaja azam yang ditanam, mestilah mendatangkan kebaikan dan manfaat. Pasakkan juga didalam dada kita agar menjadi muslim yang lebih dari sebelumnya. Perbanyakkan lagi amal soleh dan sunat, melakukan kewajipan pada waktunya, meninggalkan larangan secara beransur-ansur, sentiasa bertaubat dan perbaiki diri dari masa ke masa. Tidaklah ada seorang mukmin yang lebih baik melainkan seorang mukmin yang sentiasa berhijrah kearah kebaikan dan cuba untuk menjadi hamba yang taat dan soleh.

Wallahua’lam.

Sudahkah Anda Menjadi Tangan Yang Memberi?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *