ISU PERKAHWINAN BERBEZA AGAMA

Tular isu bercinta berbeza agama antara penyanyi tanah air yang bernama Yasmin Aziz dengan seorang pemain bola sepak import Kelantan Nixon Guylherme Brizolara yang memuatnaik gambar berpelukan di media sosial. Lebih merisaukan, begitu ramai dalam kalangan ‘netizen’ yang menyokong perbuatan tersebut atas alasan ‘asalkan sayang dan bahagia’. Bukan itu sahaja, terbaru ini berlaku majlis perkahwinan berbeza agama di negara jiran, Indonesia yang melibatkan perkahwinan antara agama Islam dan Kristian. Bahkan, majlis tersebut diadakan di gereja walaupun wanita muslimah itu lengkap berpakaian menutup aurat. Justeru, apakah hukum berkahwin berbeza agama? Adakah kita tidak dibenarkan untuk kahwin campur? Apakah mudharat kepada pasangan dan agama jika berlakunya perkahwinan berbeza agama. Oleh itu, artikel ini akan mengupas secara ringkas mengenai persoalan-persoalan yang telah dinyatakan.

ISU PERKAHWINAN BERBEZA AGAMA

Perkahwinan adalah salah satu ibadah yang amat digalakkan dalam Islam. Dengan ibadah ini berlakunya penyatuan hati antara lelaki dan perempuan dalam menyempurnakan fitrahnya iaitu hidup berpasangan. Melalui perkahwinan juga, agama Islam lebih tersebar luas dan menjadikan umat Islam lebih ramai dan kuat. Tambahan pula, perkahwinan juga mampu mengelakkan seseorang dari melakukan zina dan berterusan melakukan maksiat. Di dalam Al-Quran, telah dinyatakan berkenaan galakan untuk berkahwinan bagi manusia iaitu di dalam surah ar-Rum ayat ke 21:

وَمِنْ ءَايَـٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَـٰتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Maksudnya: “Dan diantara tanda-tanda (kebesaran-Nya) ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepada-Nya, dan Dia menjadikan di antara kamu rasa kasih sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir”.

 Jelas disini, bahawa Allah telah menentukan pasangan setiap manusia. Jodoh itu rahsia Allah, boleh jadi berlainan bangsa, boleh jadi berlainan kaum dan boleh jadi berlainan agama. Namun, hubungan yang diredhai adalah hubungan yang mampu kembali kepadaNya dan kasih sayang yang tidak melebihi daripada kasih dan rindunya kita kepada yang Maha Pencipta walaupun ianya daripada hubungan yang berbeza agama.

Melebihkan dan mengutamakan redha Allah adalah haq berbanding kehendak nafsu dan kepuasan sendiri. Justeru, salah seorang daripada pasangan itu hendaklah memeluk agama Islam demi meneruskan perkahwinan yang diredhai. Tidak dibenarkan bagi seorang lelaki muslim untuk menikah perempuan musyrik dan tidak dibenarkan juga bagi seorang wanita muslim menikah dengan lelaki musyrik. Hal ini dinyatakan jelas di dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat ke-221:

وَلَا تَنكِحُوا۟ ٱلْمُشْرِكَـٰتِ حَتَّىٰ يُؤْمِنَّ ۚ وَلَأَمَةٌ مُّؤْمِنَةٌ خَيْرٌ مِّن مُّشْرِكَةٍ وَلَوْ أَعْجَبَتْكُمْ ۗ وَلَا تُنكِحُوا۟ ٱلْمُشْرِكِينَ حَتَّىٰ يُؤْمِنُوا۟ ۚ وَلَعَبْدٌ مُّؤْمِنٌ خَيْرٌ مِّن مُّشْرِكٍ وَلَوْ أَعْجَبَكُمْ ۗ أُو۟لَـٰٓئِكَ يَدْعُونَ إِلَى ٱلنَّارِ ۖ وَٱللَّهُ يَدْعُوٓا۟ إِلَى ٱلْجَنَّةِ وَٱلْمَغْفِرَةِ بِإِذْنِهِۦ ۖ وَيُبَيِّنُ ءَايَـٰتِهِۦ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

Maksudnya:“Dan janganlah kamu nikahi perempuan musyrik sebelum mereka beriman. Sungguh hamba sahaya perempuan yang beriman lebih baik daripada perempuan musyrik meskipun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu nikahkan orang (lelaki) musyrik dengan (perempuan yang beriman) sebelum mereka beriman. Sungguh, hamba sahaya lelaki yang beriman lebih baik daripada lelaki musyrik meskipun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedangkan Allah mengajak ke syurga dan pengampunan dengan izin-Nya. (Allah) menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia agar mereka mengambil pengajaran”.

Daripada dalil diatas menjelaskan bahawa diharamkan bagi lelaki muslim untuk menikah dengan perempuan musyrik dan sebaliknya

PERKAHWINAN CAMPUR

Setelah diketahui bahawa tentang hukum perkahwinan berbeza agama adalah haram, namun perkahwinan campur sanga digalakkan dalam Islam. Perkahwinan campur yang digalakkan adalah perkahwinan antara perbezaan bangsa, kaum dan etnik dengan syarat mestilah beragama Islam. Hal ini kerana, Islam dapat berkembang dan tersebar luas. Bukan itu sahaja, secara perlahan-lahan, ahli keluarga terdekat kepada pasangan itu atau jiran-jirannya akan mula mengenali Islam dengan lebih dekat. Dengan itu, kedua-dua bangsa akan lebih mengenali antara satu sama lain.

KEBURUKAN PEKAHWINAN BERBEZA AGAMA

Banyak keburukan dan kemudharatan yang akan berlaku jika berlakunya perkahwinan berbeza agama, antaranya:

  • Khusus kepada lelaki yang bukan muslim, selaku suami dan ayah akan mendorong isterinya dan anaknya kearah kekufuran
  • Konsep kehidupan yang hanya berteraskan kehidupan duniawi sahaja yang akan diterapkan dan boleh menipiskan iman salah seorang pasangan yang muslim
  • Perkahwinan berbeza agama akan membawa kepada murtadnya salah seorang yang muslim itu sedangkan Rasulullah SAW mengingatkan untuk menjaga diri daripada kemurtadan kerana segala amalan Islam yang diamalkan akan dihapuskan kerana kemurtadannya itu.

Berbalik kepada isu yang berlaku sekarang ini, bukan khusus kepada artis itu sahaja bahkan seluruh umat Islam di Malaysia perlu menyedari risiko untuk bercinta berbeza agama. Jangan kerana diikutkan kehendak nafsu, habis binasa iman dan taqwa. Melainkan, perkahwinan berbeza agama itu adalah benar-benar kerana Allah, maka itulah yang lebih baik dan seharusnya mengikut garis panduan yang telah diletakkan dalam Islam yang mana salah seorang daripada pasangan yang bukan Islam mestilah cuba memahami dan mengamalkan prinsip agama Islam

Sudahkah Anda Menjadi Tangan Yang Memberi?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top