ISU SYAMSUL YUSOF BERKAHWIN TANPA PENGETAHUAN ISTERI, SAH ATAU TIDAK?

ISU SYAMSUL YUSOF BERKAHWIN TANPA PENGETAHUAN ISTERI SAH ATAU TIDAK

ISU SYAMSUL YUSOF BERKAHWIN TANPA PENGETAHUAN ISTERI

Isu panas yang banyak terpalit di media sosial dan muka depan akhbar mengenai seorang pengarah filem terkemuka tanah air, Syamsul Yusof akhirnya mengaku di media sosial miliknya tentang hubungannya dengan Ira Kazar. Sebelum ini, isu ini telahpun menjadi bualan ramai tentang hubungan mereka yang tidak jelas dan kabur. Dengan pengakuan ini, akhirnya teka-teki telahpun terjawab bahawa mereka berdua telahpun bernikah di Thailand pada awalnya dan bernikah secara sah di Malaysia.

Namun, apa yang menyedihkan adalah isteri pertamanya yang dibiarkan bergantung tidak bertali. Poligami yang dilakukan adalah diluar pengetahuan isteri pertamanya bahkan tiada unsur ingin berbincang hal itu kerana whatsapp empunya isteri pertamanya telah di ‘block’ setahun lamanya.

Berikutan isu panas ini, begitu ramai yang mempersoalkan isu poligami diluar pengetahuan isteri bahkan ada juga yang menyatakan bahawa perkahwinan itu sah. Justeru, apakah hukumnya dan apakah benar tindakan yang dilakukan oleh Syamsul? Justeru, artikel ini akan membahaskan mengenai makna poligami, syarat dan hukum berpoligami terlebih dahulu. Seterusnya, artikel ini turut menghuraikan tentang hukum berpoligami tanpa pengetahuan isteri.

MAKNA, SYARAT DAN HUKUM POLIGAMI

  • Makna Poligami

Jika ditarik dari akar bahasanya, “poligami” berasal dari dua kata bahasa Yunani, iaitu “poly”, yang artinya banyak dan “gamein” yang artinya kawin. Poligami secara umum dapat difahami dengan ikatan perkawinan yang salah satu pihak (suami) mengahwini beberapa lebih dari satu isteri dalam waktu yang bersamaan, bukan saat ijab qabul melainkan dalam menjalani hidup berkeluarga.

Dalam Islam, poligami mempunyai erti perkawinan yang lebih dari satu, dengan batasan, umumnya dibolehkan hanya sampai empat wanita. Poligami dengan batasan empat nampaknya lebih didukung oleh bukti sejarah. Hal ini kerana Nabi SAW melarang menikahi wanita lebih dari empat orang. Adapun dasar dari diperbolehkannya poligami itu sendiri iaitu firman Allah SWT dalam surat an Nisa’ ayat 3:

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا۟ فِى ٱلْيَتَـٰمَىٰ فَٱنكِحُوا۟ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ ٱلنِّسَآءِ مَثْنَىٰ وَثُلَـٰثَ وَرُبَـٰعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا۟ فَوَٰحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَـٰنُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰٓ أَلَّا تَعُولُوا۟ ٣

Maksudnya: “Dan jika kamu takut tidak akan dapat Berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), Maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu takut tidak akan dapat Berlaku adil Maka (kawinilah) seorang saja atau budak-budak yang kamu miliki. yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya”. 

Islam membenarkan poligami dengan syarat-syarat tertentu. Sebelum turun ayat ini poligami sudah ada dan pernah pula dijalankan oleh Para Nabi sebelum Nabi Muhammad, Sedangkan ayat ini lebih menjelaskan tentang pembatasan poligami yang dibolehkan adalah empat orang saja.

Akan tetapi, perlu kita ketahui dan kita fahami bahwa poligami yang dilakukan oleh para Nabi khususnya Nabi Muhammad SAW bukan semata-mata untuk memenuhi hasrat nafsu semata, melainkan ada nilai dakwah dan sosial yang jauh lebih tinggi.

  • Syarat-Syarat Poligami dalam Islam 

Dari segi agama Islam, kita sudah tahu bahwa praktik poligami itu diperbolehkan. Tetapi banyak yang tidak tahu bahkan tidak mahu mengambil tahu dengan syarat-syarat yang harus dipenuhi sebelum melakukan poligami. Pada dasarnya tujuan sebuah pernikahan adalah ketenangan, dengan adanya poligami ini tentu membuat fitrah perempuan atau isteri menjadi tidak lagi nyaman dan membuat tujuan pernikahan di atas tidak lagi terwujud bahkan akan muncul gejolak dalam rumah tangga.

  1. Akhlak Mahmudah

Akhlak sebagai budi pekerti yang dapat menunjukan apakah seseorang itu memiliki nilai yang mulia atau tidak adalah hal yang sangat mendasar. Akhlak berbeza bentuknya tergantung terhadap siapa yang dihadapi. Dalam rumah tangga, tentu hal ini sangat diperlukan. Tujuan menikah untuk menjadikan ketenangan dan rasa kasih sayang tidak mungkin dapat terwujud tanpa adanya akhlak yang baik. Oleh sebab itu, bagi setiap orang yang ingin melakukan poligami haruslah memiliki akhlak atau budi pekerti yang luhur sehingga tujuan pernikahan itu tetap wujud.

  1. Iman Kuat

Iman sebagaimana kita ketahui adalah kepercayaan yang tertanam di dalam hati dan direalisasikan dalam kehidupan dapat menjadi kunci kebahagiaan dalam berumah tangga. Iman kuat yang dimiliki seseorang akan menjadikannya kuat juga dalam menghadapi kesulitan dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi dalam soal poligami, yang secara naluri dapat menimbulkan kecemburuan dan gejolak dalam rumah tangga tentu memerlukan keteguhan iman. Dengan keteguhan iman itulah seorang suami dapat mengawasi dirinya dalam membentuk keluarga yang tenteram. Oleh karena itu sangat tidak dianjurkan bagi seorang lelaki yang memang belum memiliki keteguhan iman untuk melakukan poligami.

  1. Harta yang Cukup

Suami sebagai pemimpin dalam rumah tangga harus dapat melindungi dan menciptakan ketenteraman. Melindungi isteri dan anak-anaknya tidak hanya dari gangguan orang lain melainkan juga dari pakaian, tempat tinggal, dan makanan. Oleh sebab itu sangat penting adanya kecukupan harta dalam berumah tangga lebih-lebih lagi bagi seorang suami yang melakukan poligami. Ia harus mampu berlaku adil dan memberikan hak bagi setiap isterinya.

Harta memang bukan segalanya, tetapi tanpa adanya harta atau ekonomi yang cukup tentu akan membuat ketidaknyamanan bagi anggota keluarga dan ketidaknyamanan itu akan menimbulkan pertengkaran yang dapat menimbulkan perpisahan.

  1. Uzur (dharurat)

Seperti halnya kita ketahui bahwa manusia butuh terhadap adanya penerus atau generasi. Dari fitrah manusia inilah agama mengatur bagaimana manusia dapat memiliki keturunan secara sah dengan cara melaksanakan pernikahan. Meskipun demikian, tidak semua orang boleh memiliki keturunan dengan mudah. Hal ini yang terkadang menjadi pemicu pertengkaran dalam rumah tangga. Dengan demikian sangat wajar jika poligami dibolehkan bagi keluarga yang mengalami demikian demi untuk menjaga nasab maupun keturunan.

  1. Adil

Adil menjadi sifat yang harus dimiliki oleh seseorang yang ingin berpoligami, tanpa keadilan tentu akan muncul kecemburuan dan rasa iri dari pasangan yang lain sehingga mengakibatkan pertikaian dalam keluarga.  Tujuan keluarga adalah sebuah ketenangan lahir maupun batin.

Rasa adil memang akan sangat susah diwujudkan terlebih dalam poligami. Bahkan majoriti ulama fiqh menyebutkan bahawa keadilan adalah sesuatu yang mustahil boleh diwujudkan, kerana sifat manusia itu yang zalim pada dirinya sendiri.

  • Hukum Poligami

Hukum poligami akan berbeza dilihat dari tujuan serta manfaat atau mudharat poligami dilakukan. Hukum ini terbagi menjadi tiga, iaitu sunah, makruh, dan haram.

Poligami dikatakan sunah ketika suami mendapatkan izin dari isteri pertama atau isteri pertama dalam keadaan sakit yang tidak mungkin secara medikalnya memiliki keturunan padahal suami sangat ingin memiliki dan mendambakan keturunan. Hal ini disunahkan lebih kerana terdapat kemaslahatan yang lebih besar akan tetapi disertai dengan kemampuan suami untuk berbuat adil. Inilah poligami yang umum dilakukan oleh para sahabat.

Poligami dimakruhkan ketika tujuan seserang untuk berpoligami hanya bersenang-senang untuk memenuhi keinginan nafsu serta dia meragukan dirinya sendiri apakah dia mampu berlaku adil atau zalim.

 Poligami dilarang atau diharamkan ketika seseorang yang lemah baik secara ekonomi atau kemampuan dalam berlaku adil akan tetapi dia nekad melakukan poligami.

HUKUM PERKAHWINAN TANPA PENGETAHUAN ISTERI PERTAMA?

Daripada pensyariatan poligami yang telah diterangkan diatas, jelas bahawa tiada dasar atau nas bagi suami untuk meminta keizinan isteri untuk menjadikan poligami itu sah. Namun, menurut undang-undang yang telah ditetapkan, ada beberapa garis panduan yang perlu diikuti jika ingin berpoligami.

Dalam Seksyen 23, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, memberi izin atau tidak, ia tidak mengikat hakim syarie untuk memutuskan tuntutan poligami yang difailkan si suami. Dalam tuntutan poligami, suami hanya perlu menyuarakan hajat untuk berpoligami kepada isteri pertama dan ia bukan sekadar makluman semata-mata.

Dalam permohonan tersebut, dinyatakan borang-borang berkaitan makluman peribadi isteri sedia ada dan alasan untuk poligami. Pihak suami perlu memenuhi alasan poligami yang ditetapkan. Pada masa sama, perlu diperjelaskan jumlah tanggungan dan kemampuan terhadap isteri sedia ada dan anak-anak.

Dalam tuntutan poligami tersebut, ada ikrar aku janji si suami yang mana jaminan untuk membayar nafkah kepada isteri, anak-anak dan bakal isteri. Bukan itu sahaja, suami perlu membuat pengisytiharan harta termasuk harta sepencarian supaya hak isteri sedia ada dijamin jika berlaku perceraian atau sebagainya.

Memang tidak dinafikan ada keadaan si suami berkahwin senyap-senyap sama ada melalui nikah sindiket atau berkahwin di luar negara. Bagi para wanita khususnya isteri kedua atau ketiga atau keempat, dinasihatkan bahawa pernikahan tanpa mengikut proses undang-undang yang sah akan menimbulkan masalah di kemudian hari.

Pihak pendakwaan boleh membawa kes seperti ini di mahkamah dan sudah pasti, si suami berdepan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara kurang enam bulan atau kedua-duanya sekali. Sebab itu, disarankan kepada wanita yang berdepan isu suami nikah senyap-senyap ini untuk segera mendapatkan nasihat guaman.

Ia penting untuk mereka mengetahui hak sebagai isteri sedia ada jika perkahwinan itu diteruskan atau hak selepas bercerai sekiranya timbul isu pengabaian.

Si isteri juga boleh membuat tuntutan harta sepencarian sepanjang tempoh perkahwinan sebaik sahaja mengetahui suami berkahwin lain. Boleh juga difailkan selepas perceraian. Dari sini jelas bahawa, ada banyak perkara yang perlu diselesaikan jika ingin berpoligami. Banyak dokumentasi yang perlu diselesaikan dan memerlukan kerjasama dari pihak isteri bagi melancarkan urusan.

ULASAN RINGKAS ISU SYAMSUL YUSOF

Jelas disini bahawa disisi Islam perkahwinan diluar negara tersebut adalah sah, namun disisi undang-undang akan dikenakan denda baginya. Bahkan nafkah turut perlu ditunaikan. Jika tidak berkemampuan untuk menyelesaikan nafkah tersebut, bermakna seseorang suami itu adalah orang yang tidak mencukupi syarat untuk poligami dan haram hukumnya melanjutkan poligami tersebut. Begitu besar tanggungjawab seorang suami sedang pada mata mereka hanya nampak yang seronok sahaja.

Oleh sebab itu, ramai pihak suami yang mengambil ringan dan membuat keputusan untuk melakukan kahwin lari di luar negara bagi mengelakkan tanggungjawab atau risiko pergaduhan sesama. Sedangkan, Islam menganjurkan perkahwinan yang aman dan tenteram. Bagaimana mungkin sebuah perkahwinan itu akan menjadi harmoni jika tindakan poligami yang diambil tanpa pengetahuan isteri pertama, berterus terang dengannya, mengambil hati sebaiknya, tidak menipu dan sebagainya. Ingatlah penipuan ini hanya akan mengundang masalah yang lebih besar kelak. Justeru tindakan kahwin lari itu adalah tidak baik dan betul

Pernah disoal seorang ulama di Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus berkenaan tips yang dilakukan oleh beliau sehingga mendapat keizinan isterinya untuk berpoligami. Jawapan beliau mudah sahaja, jika sudah cukup syarat untuk berpoligami, nyatakan hasrat kepada si isteri dan berikan gambar calon kepada isteri yang si suami berkenan. Tindakan ini adalah tindakan yang berani dan tindakan menghormati si isteri. Dari situ, diminta oleh si suami agar si isteri berkawan dengan calon tersebut pada tempoh yang tertentu.

Melalui tempoh itu, setelah berkenalan dan berkawan, si isteri sendirilah yang akan memutuskan sama ada calon tersebut layak untuk menjadi isteri kedua ataupun tidak. Jika hati dan budinya tiada dan hanya menginginkan harta semata-mata, sudah tentu isteri pertama tidak akan membenarkan kerana mereka lebih mengenali kaum sesama mereka. Bukan itu sahaja, si suami juga mestilah bijak mengambil hati isterinya, menguruskan rumahtangga, mampu menyelesaikan tanggungjawab, sentiasa membuatkan mereka bahagia dan sebagainya.  Percayalah, seorang suami yang bertanggungjawab dan adil akan dihormati keinginan dan keputusannya oleh si isteri. Akan tetapi, tips ini hanya boleh dilakukan jika telah mendapat keizinan dan persetujuan isteri pertama. Hati siapa sahaja yang tidak sayu apabila dimadukan. Oleh itu, fikirlah masak-masak, sentiasa berbincanga sesama pasangan dan fikirkan adakah poligami yang ingin dilakukan akan menjadikan rumahtangga lebih baik atau teruk.

Wallahua’lam.

Sudahkah Anda Menjadi Tangan Yang Memberi?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top