Satu jamuan makan bersama dengan mualaf Cina telah diadakan di Asrama Darul Fitrah, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur bersempena dengan Sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini. Selain meraikan budaya Cina, jamuan ini juga diadakan untuk memberi pendedahan kepada mereka bahawa meraikan sesuatu budaya adalah tidak salah selagi mana ianya tidak becanggah dengan ajaran Islam itu sendiri.
Alhamdulillah, walaupun jamuan makan ini nampak ringkas, tetapi ia pastinya sangat bermakna buat mereka. Kami juga dapat lihat wajah ceria mereka meraikan sambutan ini bersama dengan rakan-rakan mualaf yang lain.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada para penyumbang kerana sudi untuk membantu para mualaf yang berada di bawah jagaan PERKIM Cawangan Datuk Keramat ini. Semoga anda semua dapat terus memberikan sokongan pada masa akan datang.