Sambutan kemeriahan bertukar menjadi tragis selepas berlakunya kematian seramai 151 orang dan 156 orang yang lain cedera akibat rempuhan, tereperangkap dan tersepit ketika sekumpulan besar anak muda yang menyambut pesta Halloween di Itaewon, Seoul. Kumpulan besar ini dianggarkan seramai 100,000 ribu orang yang berkumpul di Itaewon. Sambutan ini adalah sambutan Halloween terbesar selepas kerajaan Korea melonggarkan sekatan COVID-19 dala beberapa bulan kebelakangan ini.
Pekerja kecemasan dan pejalan kaki dilihat giat melakukan bantuan pernafasan ke atas mangsa yang terbaring selepas dihempap di daerah ibu kota Itaewon, malam tadi. Ketua jabatan bomba Yongsan Seoul, Choi Seong-beom, berkata angka kematian mungkin meningkat dan jumlah mangsa yang cedera dan berada dalam keadaan kritikal masih belum dapat dipastikan. Itaewon adalah kawasan berhampiran bekas ibu pejabat tentera Amerika Syarikat (AS) di Korea Selatan sebelum berpindah pada 2018 dan merupakan kawasan mesra ekspatriat yang terkenal dengan bar, kelab dan restoran terkini.
Setakat ini, masih belum dapat dipastikan apa yang menyebabkan orang ramai memasuki lorong menuruni bukit yang sempit berhampiran Hotel Hamilton. Melalui Berita Harian, seorang mangsa yang terselamat berkata orang ramai mula jatuh dan menghempap satu sama lain “seperti permainan domino” selepas ditolak. Mangsa yang terselamat dan dikenali sebagai Kim, berkata mereka terperangkap selama kira-kira satu setengah jam sebelum diselamatkan. Kebanyakan mereka mula menjerit meminta pertolongan, manakala sebahagian lain mengalami sesak nafas, menurut akhbar Hankyoreh.
Boleh dilihat juga sambutan raya di Malaysia, yang mana kesesakan lalu intas yang sangat pesat, rakyat berkumpul di pusat membeli belah dan berkumpul ahli keluarga setelah melalui fasa endemik. Tidak dinafikan, rasa rindu dengan aktiviti dan keluarga luar setelah melalui dua tahun dikekang secara bebas menyebabkan ramai orang sanggup berkumpul di tempat sempit walaupun sangat sesak. Beginilah kes yang menyedihkan terjadi di Itaewon. Daripada kejadian ini dapat disimpulkan bahawa pkp yang dijalankan mempunyai hikmah yang besar. Selain itu, artikel ini juga aka menghuraikan hukum menyambut Halloween bagi orang Muslim memandangkan Malaysia merupakan negara Islam.
Menjalinkan hubungan rapat bersama keluarga dengan lebih akrab melalui masa berkualiti. Lakukanlah solat berjemaah, makan bersama, membaca al-Quran dan menambah kemahiran insaniah (soft skill) seperti sikap prihatin, sabar, kebolehan mendengar dengan baik, memimpin dan mengurus keluarga dan anak-anak dan teknikal (hard skill) termasuk berinteraksi menggunakan aplikasi dalam internet, memasak dan berkebun yang selama ini tidak sempat dilakukan bersama.
Memberi peluang kita mengurus masa dan kewangan dengan lebih teratur dengan mengutamakan perkara-perkara yang dharuriy berbanding tahsini. Kesedaran yang timbul menyebabkan masyarakat bersatu menghadapi musuh yang sama. Pada masa sama, umat Islam bersama-sama bermunajat kepada Allah SWT agar wabak Covid-19 dapat segera dikekang.
Menurut Datuk Dr Zulkifli Ismail, Pengerusi Program Pengasuhan Positif, memberitahu pengurangan kenderaan di jalan raya telah
mengurangkan pencemaran udara, dan kerana kilang yang membuang sisa juga kurang beroperasi, sungai kita makin bersih. “Covid 19 secara ironinya bagus untuk set semula hidup kita! Kita perlu hidup dengan lumrah baru sekarang,” kata Dr Zulkifli, lalu menambah bahawa pandemik ini juga memberi peluang untuk kanak-kanak belajar tentang jangkitan dan virus. Sepatutnya setelah melalui PKP pada fasa endemik kita akan jadi lebih berhati-hati untuk sesuka hati berkumpul di tempat orang ramai, lebih-lebih lagi semakin banyak penyakit termanifestasi selepas wabak Covid 19 melanda.
Halloween merupakan perayaan yang disambut pada 30 Oktober setiap tahun bagi memperingati orang yang telah mati. Halloween juga disebut dengan Hallowe’en dan perayaan ini juga disebut sebagai All Hallow Eve atau All Saints’ Eve.
Perkataan Halloween/Hallowe’en muncul dalam tahun 1745M dan agama kristian dikatakan memulakan penggunaannya. Perkataan halloween bermaksud “hallowed evening” atau “holy evening” (petang yang mulia) dan dikatakan juga berasal dari bahasa Scotland (Scottish). Orang Celt di Scotland dikatakan merayakan perayaan ini dengan tradisi paganisme sempena musim menuai mereka.
Halloween disambut dikebanyakan negara bukan Islam pada 30 Oktober pada setiap tahun. Perayaan ini selalunya disambut pada waktu malam dan dilakukan dengan berpakaian aneh dan berjalan dari pintu ke pintu rumah dan meminta gula-gula atau coklat dengan berkata “Trick or treat!”. Ucapan “Trick or treat!” merupakan semacam “ugutan” yang membawa maksud “Beri kami (gula-gula) atau kami buat kacau.”
Kanak-kanak zaman sekarang biasanya tidak lagi membuat kacau di rumah orang yang tidak memberi apa-apa. Sebahagian kanak-kanak masih membuat kacau di rumah orang yang dianggap kedekut dengan cara “menghiasi” pohon yang ada di depan rumah dengan kertas tisu atau menulis di tingkap dengan sabun.
Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu, Goblin dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan lain dari kebudayaan Barat. Halloween disambut dengan menghiasi rumah dan pusat membeli-belah dengan simbol-simbol Halloween tersebut.
Dikatakan di sini bahawa menyambut perayaan Halloween adalah haram di sisi Islam. Ini kerana berdasarkan kajian sejarah, didapati bahawa perayaan ini merupakan syiar bagi sebahagian penganut agama Kristian dan mereka menyambutnya demi memperingati roh-roh yang telah meninggal dunia.
Rasulullah SAW telah melarang kita dari menyerupai orang kafir. Sabda Baginda SAW dari hadis Ibn Umar R.Anhuma:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Telah berkata Rasulullah SAW: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu”. (HR Abu Daud)
Berdasarkan hadith di atas maka seorang Muslim itu dilarang untuk meniru gaya atau kelakuan atau pakaian yang khusus dikenali dengan unsur jahat atau adat perayaan yang boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terhadap orang yang menyerupai perkara-perkara tersebut.
Al-Imam al-San’ani Rahimahullah berkata bahawa hadith di atas menunjukkan barang siapa yang menyerupai orang-orang fasiq ataupun kafir ataupun orang yang melakukan bid’ah dalam apa jua perkara yang dikhaskan padanya dari segi pemakaian, tunggangan ataupun gerak-geri tingkah laku maka dirinya tergolong dalam kalangan mereka. [Subul al-Salam. Dar al-Hadis, 2/647]
Disebutkan juga pendapat lain yang mengatakan bahawa tasyabbuh itu juga berlaku dalam perkara-perkara dalaman bersifat i’tiqad, iradat (kemahuan dan kehendak) dan perkara-perkara luar dari segi perkat.aan, perbuatan yang boleh menjadi ibadat dan adat. [Faydh al-Qadir. Al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, 6/104]
Jelas di sini bahawa perayaan Halloween merupakan tasyabbuh kepada golongan kafir dari segi i’tiqad, perbuatan dan juga pemakaian yang mana sedia maklum selalunya bagi mereka yang menyambut perayaan ini akan mengenakan kostum-kostum tertentu bersesuaian dengan hari Halloween.
Jelas disini bahawa Islam perlu menghindari daripada sebarang aktiviti yang berunsurkan atau menyerupai Halloween seperti Night Of Fright yang dijalankan di Sunway Piramid. Sekalipun terdapat sebarang aktiviti di sekolah atau universiti, hindari dan jauhilah dengan tegas. Jangan kerana sifat keterbukaan menyebabkan i’tiqad berubah dan agama pun tergadai.
Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka