Kelas Agama Islam Untuk Cucu

Alhamdulillah, baru-baru ni sebuah keluarga berbangsa India baru saja memeluk agama Islam.

Demi memastikan mereka sentiasa berada di landasan yang betul, kami mengadakan satu majlis ringkas untuk keluarga ini memperbaharui syahadah mereka.

Nenek mereka yang melayani kedatangan kami juga menyatakan bahawa beliau amat berbesar hati jika ada sebarang kelas bimbingan agama Islam untuk cucunya.

Maka dengan itu, jom bersama-sama PERKIM Datuk Keramat untuk membantu lebih ramai saudara baru dalam usaha dakwah bagi menyebarkan lagi agama Islam.

Kami juga memohon sokongan daripada Tuan/Puan bagi menjayakan kerja-kerja dakwah ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top