Kelas Iqra dan Al Quran di Komuniti Chow Kit

Alhamdulillah, atas permintaan penduduk tempatan, PERKIM Datuk Keramat telah mengadakan kelas pengajian Iqra dan Al Quran di komuniti Chow Kit. Kelas ini terbuka kepada remaja serta dewasa pada setiap Jumaat & Ahad bermula pada pukul 7.00 malam sehingga 10.00 malam dan juga pada hari sabtu jam 2.00 petang sehingga 4.00 petang.

Kelas ini mendapat sambutan begitu menggalakkan dalam kalangan remaja & dewasa yang ingin belajar dan mendalami ilmu Al Quran. Setakat ini, bilangan pelajar juga semakin bertambah kepada 40 orang dengan 2 orang guru muslimat sebagai tenaga pengajar.

Dalam pada itu, PERKIM juga berhasrat untuk menubuhkan pusat Akademi Al Quran dan Dakwah (Al Hikmah) bertujuan untuk mendidik, membimbing dan mengajarkan Al Quran serta Fardhu Ain bagi melahirkan generasi yang celik dan cinta Al Quran serta mampu melahirkan daie suatu hari nanti. 

Sama – sama kita doakan supaya lebih ramai warga Kuala Lumpur dapat menjadi suri teladan yang baik serta mempunyai kefahaman dalam mendalami ilmu Islam serta dapat melahirkan generasi musleh yang disegani masyarakat. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top