Alhamdulillah, seramai 20 orang pelajar telah mengikuti kelas agama selama satu bulan ini. Dikhabarkan juga akan ada seorang lagi saudara baru yang bakal mengikuti dan melafazkan syahadah seminggu dua lagi. In syaa Allah, golongan gelandangan dan LGBT juga berpeluang mengikuti dua buah kelas yang akan dibuka ini.
PERKIM sentiasa mengambil kesempatan meneroka dan mendekati semua sudut bagi menjalankan dakwah. Tidak kira apa jua golongan termasuk golongan mak nyah, gelandangan, banduan, penagih dadah, mualaf, asnaf hingga ke golongan media dan selebriti.
Ayuh kita bersama-sama mendoakan mereka sentiasa istiqamah dalam mempelajari ilmu agama.