Kelas Maya Untuk Saudara Baru

Alhamdulillah, sudah 4 minggu kelas pengajian secara atas talian kepada saudara baru dijalankan. Sambutan pun semakin baik dengan jumlah pelajar setakat ini mencecah 25 orang.
 
Ada yang baru memeluk Islam 3 hari. Ada yang sudah 10 tahun memeluk Islam tetapi masih ingin belajar balik. Ada juga pelajar dari Filipina. Oleh itu, beliau menggunakan Translator untuk memahami bahasa yang diajarkan.
Subjek yang diajarkan iaitu Iqra asas serta Fardhu Ain. Minggu ini kami mengajarkan mereka berkenaan bersuci serta najis. Untuk menambah minat mereka, kami selitkan dengan kuiz serta ‘kerja rumah’ selain sumbangan barangan keperluan.
 
Ustaz Suhaimi di mukaddimahnya menekankan konsep keimanan, tauhid serta keikhlasan hati dalam menjalani hidp sebagai Muslim. Beliau juga mengajarkan cara berwuduk secara praktikal dan mandi wajib.
Kelas maya perkim datuk keramat 5
Kelas maya perkim datuk keramat 4
Kelas maya perkim datuk keramat 3
Kelas maya perkim datuk keramat 2
In Sya Allah, kelas Online ini semakin meningkat dari minggu ke minggu. Guru-guru kami pun mendapat input dan latihan sebelum kelas bermula melalui TOT (Train the Trainers) pada setiap Rabu.
 
Semoga Allah mempermudah urusan kami dan mereka dan menjadikan tapak kaki kita semua melangkah ke jannah.
“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Quran) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisiNya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top