Kelas Pengajian Al-Quran Dan Fardhu Ain Di Kajang

Kelas pengajian di Jalan Raja Harun, Kajang yang baru sahaja 4 bulan dijalankan. Alhamdulillah kini, sudah semakin berkembang dan diterima baik oleh semua masyarakat tempatan. Begitu juga, anak-anak komuniti yang belajar disana.

Hari ke hari, mereka juga semakin seronok dan berminat untuk mempelajari Al-Quran dengan penuh semangat, Antara guru kami yang mengajar murid disana adalah Ustaz Zakiyuddin Md Rozali dan Ustaz Beyhaqi Ramli. Keduanya sekarang sedang menetap di Kuala Lumpur.

Namun begitu, meskipun jaraknya sejauh 30 km untuk ke tempat mengajar, namun mereka tidak menjadikan jarak itu sebagai penghalang untuk mereka mencurah ilmu atas Islam, dakwah dan pendidikan. Kami memohon doa agar pasukan PERKIM Datuk Keramat mampu memimpin ummah dengan dakwah serta kasih sayang melalui penghayatan Al-Quran.

Sasaran kami jika pengajian ini sudah menjelang selama setahun, Insya-Allah kami akan mengadakan majlis khas kesyukuran dan anugerah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam kelas Al-Quran ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top