Kelas Pengajian Di Pusat Pembelajaran Chow Kit

Syukur ke hadrat ilahi, Kelas Pengajian di Pusat Pembelajaran Chow Kit semakin baik dan berkembang. Alhamdulillah, setakat minggu ini jumlah pelajar telah melebihi 50 orang. Semakin ramai juga yang celik Al Quran dan dapat menguasainya.

Apa yang boleh dikatakan, moga Al Quran terus membekas di hati, dijadikan bacaan harian serta amalan dalam kehidupan. Ini kerana Al Quran adalah teman paling akrab kita di alam kubur nanti. Terima kasih kepada guru-guru kami Ustaz Azuan Sam, Ustaz Zakiyuddin dan Ustaz Bayhaki. Jasamu tidak terhitung tinggi nilainya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top