KUNCI KEBAHAGIAAN DI DUNIA MENURUT ISLAM

PENGENALAN

Jika ditanya setiap orang, adakah ingin bahagia? Pasti jawapannya, Ya. Setiap orang senantiasa menginginkan kehidupan yang tenang, damai, bahagia dan sejahtera. Tidak ada seorang pun yang tidak menginginkan kebahagiaan. Tetapi apakah makna sebenar kebahagiaan di dunia? Ramai orang yang menganggap bahawa bahagia itu adalah ketika kita mampu memiliki harta melimpah ruah, serangkaian barang mewah, serta kekuasaan yang dapat menjadikan hidup bebas melangkah. Ramai juga antara kita yang mengejar kebahagiaan tanpa mengetahui makna bahagia yang sebenar sehinggakan pada akhirnya muncul masalah tekanan. Malangnya, kebahagiaan yang dinyatakan sebelumnya tidak akan kesampaian dan tidak berpenghujung. Namun, ada juga yang memahami bahawa bahagia itu cukup dengan hidup sihat, hidup berkecukupan, dapat bertemu dengan keluarga dan masih banyak lagi arti bahagia lainnya. Justeru, perlu difahami terlebih dahulu makna kebahagiaan.

MAKNA KEBAHAGIAAN DI DUNIA?

Ada yang beranggapan makna bahagia itu bersifat relatif. Ianya berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi orang yang sakit, kesihatan itu dijadikan sebagai suatu titik kebahagiaan. Namun, apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan lagi pada kesihatan dan ianya akan beralih kepada suatu perkara yang lain pula. Bagi golongan ini bahagia itu ialah suatu ‘moving target’ yang tidak spesifik. Terlalu ramai manusia yang sibuk mengejar kekayaan, kemewahan dan kemegahan namun pada akhirnya tidak kenal erti sebenar bahagia bahkan lebih teruk lagi didatangi masalah tekanan menjaga harta.

Adapun, golongan pesimis beranggapan bahawa tidak ada kebahagiaan di dunia. Hidup ini adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan dengan tangisan, hidup Bersama tangisan dan diakhiri dengan tangisan juga. Kebahagiaan itu tidak wujud dalam realiti dan kenyataan. Golongan ini juga menganggap ujian di dunia adalah penyebab kepada hilangnya bahagia

Sedangkan bahagia itu adalah sebuah bentuk fikiran atau perasaan yang ditandai dengan rasa kecukupan, kepuasan serta cinta terhadap suatu hal. Sedangkan bahagia menurut pandangan Islam adalah saat kita sebagai umat muslim dapat mempertahankan keimanan atau keyakinan dan mampu melaksanakan perilaku yang sesuai dengan keyakinan tersebut. Tentu, hal ini berkaitan dengan sejauh apa kita yakin terhadap ketentuan-ketentuan yang Allah SWT berikan di setiap langkah kehidupan kita, baik atau buruknya yang kita jalani, itu adalah tanda kasih sayang-Nya terhadap kita semua. 

Seperti yang sudah dijelaskan sebelumnya, bahwa kebahagiaan di dunia itu sifatnya hanyalah sementara. Adapun bahagia di dunia, itu hanyalah perhiasan duniawi yang tidak mampu dibandingkan dengan bahagia di akhirat nanti yang jauh lebih baik dari seisi dunia, sebagaimana janji Allah SWT dalam al-Quran, surah Asy-Syura ayat ke-20:

مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ ٱلْـَٔاخِرَةِ نَزِدْ لَهُۥ فِى حَرْثِهِۦ ۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ ٱلدُّنْيَا نُؤْتِهِۦ مِنْهَا وَمَا لَهُۥ فِى ٱلْـَٔاخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ

Maksudnya: “Kami tambah keuntungan itu padanya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia, maka Kami berikan padanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagia pun di akhirat.”

Allah SWT yang Maha Tahu dan Maha Adil telah menjelaskan makna bahagia di dalam al-Quran bahawa kebahagiaan yang hakiki itu kuncinya adalah dengan bersyukur. Jangan mengukur bahagia dengan melihat kehidupan orang lain yang jauh diatas kita status sosialnya, tapi lihatlah mereka yang jauh lebih beriman daripada kita, sehingga kita selalu muhasabah diri dan tidak melupakan akhirat sebagai tujuan akhir dari kehidupan kita, dan tidak mengejar bahagia di dunia hingga melalaikan kewajiban kita sebagai seorang muslim.

KUNCI KEBAHAGIAAN DI DUNIA

Setelah difahami makna bahagia, timbul persoalan bagaimanakah cara untuk mendapatkannya?  Terdapat 7 kunci kebahagiaan hidup menurut Saidina Ali bin Abi Thalib r.a.

  • Jangan membenci sesiapapun, walaupun ada yang menyalahi hak.
  • Jangan pernah bersedih secara berlebihan, sekalipun masalah memuncak.
  • Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.
  • Jangan pernah memutuskan doa untuk saudara mukmin.
  • Perbanyaklah memberi walaupun dalam keadaan sedang susah.
  • Tersenyumlah walaupun hati sedang menangis.
  • Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.

Terdapat banyak lagi kaedah yang boleh diamalkan untuk mendapatkan rasa bahagia dan tidaklah hanya tertakluk melalui panduan yang digariskan oleh Saidina Ali semata-mata. Namun, inilah antara peniilitian dan amalan yang boleh dilakukan. Bukan itu sahaja, pokok pangkal setiap amalan mestilah tidak mengikut hawa nafsu dan ikhlas kerana Allah SWT. Dengan amalan ini, mampu memupuk seseorang insan untuk lebih bersyukur dan sentiasa merasa cukup dengan nikmat yang diberikan yang pada akhirnya mendatangkan kebahagiaan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top