Kunjungan Hormat PERKIM Bera Ke Datuk Keramat

Pada 31 Mei 2023 yang lalu, PERKIM telah menerima kunjungan hormat dari PERKIM Cawangan Bera bertempat di Asrama Darul Fitrah, Keramat.

Kunjungan ini turut dihadiri oleh Penaung Perkim Cawangan Bera, YB Dato’ Sri Norol Azali bin Sulaiman dan Pengerusi Perkim Cawangan Bera, Haji Juhari bin Abdul Kadir.

Kedua-dua pihak mengambil peluang ini untuk membincangkan dan bertukar pandangan dalam merancang dan menjalankan program serta aktiviti dakwah, kebajikan dan pendidikan saudara baru.

Mudah – mudahan pertemuan ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara PERKIM Datuk Keramat dan juga PERKIM Cawangan Bera.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top