Sesungguhnya tidak ada hukuman lain bagi penghina Nabi SAW kecuali hukuman mati. Namun begitu, hukuman ini, hakikatnya, hanya berhak dijalankan oleh seorang Ketua Negara Islam iaitu Khalifah, atau orang yang telah diberi izin oleh Ketua Negara tersebut untuk membunuh si penghina tadi. Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat ke-61:
وَمِنْهُمُ ٱلَّذِينَ يُؤْذُونَ ٱلنَّبِىَّ وَيَقُولُونَ هُوَ أُذُنٌ ۚ قُلْ أُذُنُ خَيْرٍ لَّكُمْ يُؤْمِنُ بِٱللَّهِ وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ وَرَحْمَةٌ لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ ۚ وَٱلَّذِينَ يُؤْذُونَ رَسُولَ ٱللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Maksudnya: Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: “Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)”. Katakanlah: “Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu”. Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Syeikh al-Maraghi berkata dalam tafsirnya: “Menyakiti Rasulullah SAW selepas kewafatannya, sama seperti menyakitinya semasa hayatnya. Keimanan kepada Baginda akan menghalang orang mukmin daripada melakukan perbuatan yang akan menyakiti Baginda. Ini adalah dosa dan kederhakaan yang paling besar.”
Tidak syak lagi bahawa orang yang menghina Nabi SAW wajib dibunuh, seperti yang difatwakan oleh para ulama sejak sekian lama. Antaranya:
Berdasarkan kenyataan diatas, jelas menunjukkan betapa beratnya hukuman dan balasan kepada mereka yang menghina, mencaci dan menjatuhkan maruah Rasulullah SAW termasuk Nabi-nabi yang lain. Oleh itu, kita berhati-hati daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan dan pendapat yang menunjukkan penghinaan keatas Rasulullah SAW kerana itu boleh membawa kepada kekufuran dan kemurkaan Allah SWT.
Sesungguhnya tidak ada hukuman lain bagi penghina Nabi SAW kecuali hukuman mati. Namun begitu, hukuman ini, hakikatnya, hanya berhak dijalankan oleh seorang Ketua Negara Islam iaitu Khalifah, atau orang yang telah diberi izin oleh Ketua Negara tersebut untuk membunuh si penghina tadi. Di dalam kedua-dua hadis di atas, ternyata Rasulullah, sebagai Ketua Negara telah memberi keizinan kepada pembunuh yang telah membunuh orang yang menghina baginda.