Majlis Iftar Darul Fitrah Wealthy Peninsular (WP) Hotel

Jalan Tunku Abdul Rahman, KL (10 April 2022) Pada 10 April, kami dari PERKIM bersama dengan Asrama Darul Fitrah mengadakan majlis Iftar di Wealthy Peninsular (WP) Hotel, Jalan Tunku AbduL Rahman, Kuala Lumpur.

Tujuan majlis ini adalah untuk meraikan saudara baru dalam melakukan ibadah puasa. Ada dalam kalangan saudara baru kita ini baru saja memeluk Islam 3 hari lepas. Majlis diraikan dengan menjamu mereka dengan pelbagai juadah berbuka yang lebih dari kebiasaan. Majlis tersebut juga dihadiri oleh pelajar asrama dan guru-guru Asrama Darul Fitrah. Selepas jamuan iftar, semua peserta diberi hadiah istimewa sebagai tanda terima kasih, penghargaan dan tahniah kerana menjadi saudara se Islam kita semua.

Diharapkan semoga semua saudara baru kita diberikan kekuatan dan sokongan untuk meneruskan ibadah puasa mereka dan ibadah-ibadah lain yang juga menjadi kewajipan buat yang bergelar muslim.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top