Majlis Mahabbah Pengurusan dan Guru PERKIM Datuk Keramat

Alhamdulillah, setakat ini PERKIM Datuk Keramat telah berjaya menjalankan beberapa kelas yang dilakukan secara percuma. Antaranya, seperti kelas pengajian yang berada di Asrama Darul Fitrah iaitu asrama lelaki mualaf. Manakala, Asrama Darul Huda bagi perempuan mualaf.

Selain daripadanya, terdapat juga kelas yang dilakukan secara atas talian untuk mualaf, Kelas Komuniti di Chow Kit, Kelas di Pertubuhan Kesihatan dan Kebajikan Umum di jalan Tuanku Abdul Rahman serta Kelas di Kajang, Surau Al-hidayah, Flat PKNS dan Kampung Baru.

Setakat ini jumlah pelajar yang telah kami peroleh adalah seramai 170 orang yang terdiri daripada golongan mualaf, asnaf, warga emas, remaja dan kanak-kanak. Kami juga melantik pengurus kelas bagi memantau perjalanan kelas di setiap tempat. Di samping taqwim kelas, database pelajar dan guru, kebajikan guru serta yang berkaitan dengannya.

Oleh itu, Satu Majlis Mahabbah dan sesi taklimat telah diadakan di Asrama Darul Fitrah. Turut juga dihadiri oleh 14 orang guru bersama pengurus kelas. Antara tujuan pertemuan ini adalah untuk para guru mendapat maklumat lebih lanjut mengenai proses dan permasalahan saat sesi pembelajaran di asrama ini.

Di samping, mengeratkan lagi silaturrahim antara setiap pengurus dan para guru. Setiap guru dibayar secara elaun asas. Namun jika ada sumbangan luar, kami akan dahulukan para guru seperti barangan keperluan, bonus hari raya, takaful dan lain-lain lagi. Niat disini hanyalah untuk mendidik dan membimbing ummah dengan ilmu agama, asas Al-Quran serta mengenali Allah sebagai pencipta selain menjadi generasi yang mempunyai syakhsiyah dan akhlak yang unggul.

Ayuh kita sama-sama mendoakan agar usaha daripada pihak kami diberikan keberkatan, keberkahan serta kekuatan untuk mereka tetap istiqomah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top