Majlis Pengislaman 2 Orang Saudara Baru

Alhamdulillah, pada 10 Mei 2023 kita telah menerima dua orang insan baru yang telah berjaya mengucapkan kalimah agung syahadah.

Kami dari PERKIM juga telah menjadi saksi terhadap insan yang suci ini daripada dosa dengan kembali kepada fitrah. Beliau adalah seorang perempuan dari Filipina yang menetap dan berkerja di Kuala Lumpur lebih daripada 5 tahun.

Beliau telah hadir ke pejabat PERKIM bersama rakan-rakan sekerjanya yang sentiasa memberi sokongan terhadap keputusnya ini. Antara penyebab beliau memilih untuk memeluk Islam, ini kerana keinsafan dirinya yang ingin mencari tuhan dan disitulah jatuhnya air mata kesyukuran di saat beliau mengucapkan kalimah syahadah.

Masya Allah, sungguh hebat perancangan Allah ini!

Manakala, seorang lelaki cina pula hadir meskipun dengan keadaan dirinya yang sudah uzur. Setelah puas mencari erti hidup, beliau akhirnya membuat keputusan dengan memikirkan bahawa Islam adalah satu-satunya penyelesaian masalah dalam kehidupannya. Kini, beliau telah berjaya mengucapkan kalimah syahadah!

Ayuh sama-sama kita doakan mereka ini terus diberikan hidayah serta kekal istiqomah dengan Islam sehingga akhir hayat mereka. Aminn!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top