Majlis Pengislaman Angeline Lee Abdullah

PERKIM Datuk Keramat melahirkan rasa syukur setingginya kepada Allah SWT kerana pada hari seorang wanita berbangsa Tionghua bersama Angeline Lee Abdullah memeluk Islam.

Wanita profesional ini bertugas sebagai pensyarah di sebuah kolej swasta dan mempunyai pendidikan Sarjana dari sebuah universiti di luar negara.Angeline berusia 28 tahun dan masih belum berkeluarga. Sebelum memeluk Islam, beliau adalah penganut Kristian dan pernah membuat kajian perbandingan agama.

Beliau memilih Islam kerana yakin dengan agama ini yang benar selain memahami ajaran Islam yang lurus berbanding agama yang lain.Dengan sekali lafaz, beliau telah menjadi Islam dan saudara Islam kita semua. Doa kami agar beliau tetap beristiqomah dengan Islam dan iman hingga ke akhir hayatnya.

Jom Bantu Saudara Islam Baru Kita

Ramai diluar sana yang ingin memeluk islam. Kami di Perkim Datuk Keramat sedaya upaya ingin membantu mereka dan kami juga ingin mengajak anda bersama sama membantu kami mereka supaya meraka sentiasa berasa dalam islam dan mendalami islam . Anda boleh membantu mereka dengan menghulurkan sumbangan anda di link di bawah. Semoga segala usaha anda mendapat rahmat disisi ALLAH

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top