Majlis Pengislaman ke 34-35

masuk islam 3

Islam merupakan agama rahmat untuk semua, tidak kira bangsa ataupun kaum. Dalam Islam, kesejahteraan, keadilan, keselamatan, keamanan dan kemakmuran dapat diperoleh. Tidak hairanlah walau sesusah mana pon keadaan, apabila seseorang manusia mengenali Islam dan mula mencari-cari, mereka akan tetap mahu bersamanya.

Terkini, dua insan yang memperoleh rahmat dan hidayah Allah telah menyahut dakwah serta panggilan Ilahi untuk menerima Islam. Mereka berdua mengucapkan dua kalimah syahadah iaitu tanda mentauhidkan dan mengesakan Allah SWT.

Salah seorangnya adalah lelaki berbangsa India-Cina, manakala seorang lagi adalah berbangsa Tionhua. Lelaki yang berbangsa India-Cina ini berusia 53 tahun dan bekerja sebagai profesional dalam jabatan swasta.

Beliau sudah lama mengkaji mengenai Islam dan kini baru terbuka hati untuk memeluknya. Rakan-rakan Islamnya juga selalu mendorong beliau untuk memeluk Islam. Manakala lelaki kedua pula berbangsa Tionghua, berusia 35 tahun dan bekerja sendiri.

Beliau tertarik dengan amalan dan penghayatan Islam yang indah lantas membuatkan beliau ingin memeluk Islam. Alhamdulillah, saya mengajarkan kalimah syahadah, Rukun Islam, Rukun Iman dan hak-hak umat Islam kepada mereka. Syukur, kedua-duanya faham dan sedar akan kewajipan mereka setelah bergelar muslim. Tahniah diucapkan kepada mereka kerana menjadi saudara baru untuk umat Islam. Kami mendoakan agar mereka sentiasa beristiqamah dengan Is

masuk islam 4
masuk islam 2

Sudahkah Anda Menjadi Tangan Yang Memberi?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memeberi 1000 kemanisan untuk mereka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top