Majlis Pengislaman Seorang Warga Filipina

Masya-Allah! Begitu hebat hidayah Allah SWT ini.

Pada 24 Febuari, kita baru sahaja menerima lagi saudara baru yang dibukakan hatinya untuk memeluk Islam. Beliau telah hadir bersama dengan sahabatnya di PERKIM Wilayah, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur bagi majlis pengislaman.

Majlis itu telah berlangsung dengan sempurnanya oleh Ustaz Suhaimi. Serta disaksikan oleh Ustaz Amran dari PERKIM Wilayah Persekutuan.

Beliau juga ada menyatakan asbab pertama ingin masuk islam, adalah daripada selepas mendengar Radio IKIM dalam slot “Islam Agamaku”.

Ayuh sama-sama kita mendoakan supaya beliau kekal istiqomah dalam mempelajari agama Islam dan tetap lurus di jalan Allah. Insya-Allah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top