Majlis Sumbangan kepada Saudara Baru Islam

Majlis Sumbangan kepada Saudara Baru Islam (4 Disember 2021) Majlis penyampaian sumbangan kepada saudara baru yang berlangsung pada 4 Disember telah ditaja oleh Ibadah.sg.pte.ltd yang merupakan sebuah NGO Islam dari Singapura.

Alhamdulillah, sumbangan yang kami terima adalah 30 set keperluan ibadah seperti sejadah, telekung, Al Quran terjemahan, kurma serta barangan keperluan makanan yang akan disertakan juga dengan sejumlah wang tunai untuk dikirimkan kepada penerima.

Kami dari Perkim akan membantu untuk menyampaikan sumbangan ini kepada semua mualaf yang telah kami Islamkan bagi keperluan diri mereka. Terima kasih kami ucapkan kepada ibadah.sg.pte.ltd yang sudi menaja sumbangan dan berkongsi rezeki meskipun tidak dapat menghadiri majlis namun mereka ikhlas tanpa memperkenalkan diri.

Semoga amal ibadah kita diterima dan diberi ganjaran pahala yang besar di sisiNya.

3 thoughts on “Majlis Sumbangan kepada Saudara Baru Islam”

  1. Pingback: Siapa Yang Perkim Datuk Keramat Bantu?

  2. Pingback: Siapa Yang Perkim Datuk Keramat Bantu? - Sedekah Muslim

  3. Pingback: Siapa Yang Perkim Datuk Keramat Bantu?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top