Majlis Syahadah Saudara Baru Logeswaran

Seorang lelaki berbangsa India yang dikenali sebagai Logeswaran, ditemani rakan rapatnya yang juga merupakan saudara baru telah hadir ke Bangunan PERKIM, Jalan Ipoh. Beliau hadir dengan niat yang ikhlas untuk memeluk agama Islam. Lafaz syahadah telah dilakukan oleh Ustaz Suhaimi sendiri dan disaksikan oleh pegawai PERKIM Wilayah, iaitu Ustaz Amran.

Alhamdulillah, kita dapat tengok sendiri semakin ramai orang bukan Islam telah terbuka hati untuk memeluk Islam dan memahami ajaran ini. Ayuh sama-sama kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan hidayah-Nya. Doakan juga semoga saudara baru ini terus istiqomah di jalan yang diredhai, InsyaAllah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top