Muhammad Balan merupakan seorang yang berbangsa India telah selamat memeluk Islam. Beliau mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam melalui mimpi, iaitu beliau bermimpi mendengar surah Al-Fatihah dibacakan oleh Imam yang sedang solat. MasyaAllah!
Beliau berasal dari Perak dan pernah dipenjara selama 13 tahun atas sebab jenayah. Namun begitu, Islam tidak pernah memandang kesalahan-kesalahan terdahulu. Sekiranya seseorang itu memeluk Islam dan kembali ke pangkal jalan, maka ia ibarat kain putih yang belum dikotori oleh apa-apa.
Jadi ayuh sama-sama kita doakan agar Muhammad Balan sentiasa istiqomah dalam Islam. InsyaAllah, moga perjalanan hijrah beliau dipermudahkan oleh-Nya.