MAKNA RAMADHAN DAN SEJARAH PENSYARIATAN BERPUASA

MAKNA RAMADHAN DAN SEJARAH PENSYARIATAN BERPUASA

PENGENALAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam, umat Muslim di seluruh dunia meraikannya dengan berpuasa sebulan. Setiap tahun kita berpuasa, tapi apakah kita benar-benar mengetahui makna puasa yang sebenar?

Maksud puasa dari segi bahasa adalah menahan diri daripada melakukan sesuatu, seperti makan, minum dan bercakap.  Manakala maksud puasa dari segi syarak pula adalah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari dengan niat puasa.

Makna Ramadhan pula dari segi bahasa, perkataan Ramadhan diambil dari kata akar (رمض) yang membawa maksud panas yang sedang semakin hangat. Kata al-Imam al-Qurtubi:

هو مأخوذ من رمض الصائم يرمض إذا حر جوفه من شدة العطش

“(Perkataan Ramadhan) diambil dari perkataan (ramada iaitu) semakin panas orang yang berpuasa itu iaitu hangat organ perutnya kerana terlalu haus.” (Tafsir al-Qurtubi)

Dalam hadis Nabi, Rasulullah turut menggunakan perkataan “ramadha” yang membawa maksud panas. Sabda Rasulullah:

صَلَاةُ الأوَّابِينَ إذَا رَمِضَتِ الفِصَالُ

“Solat Duha itu ketika waktu anak-anak unta naik panas” (HR Muslim)

Memberikan penjelasan lanjut mengenai maksud Ramadhan ini, al-Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa seakan kepanasan ini meleburkan dosa melalui amalan soleh manusia. Kata beliau:

إنّمَا سُمّيَ رَمَضَان لِأنّهُ يرمض الذّنُوْب أي يَحْرُقَهَا بِالأَعْمَال الصَّالِحَة

“Dinamakan Ramadhan kerana ia seakan membakar dosa melalui amal-amal soleh.” (Tafsir al-Qurtubi)

RAMADHAN KARIM ATAU RAMADHAN MUBARAK?

Biasa kita dengar orang ucapkan Ramdhan Karim ataupun Ramadhan Mubarak. Tapi apakah maknanya dan mana satu ucapan yang benar dan betul.

Pertama sekali, kita perlu ketahui bahawa mengucapkan ‘selamat’ atas masuknya bulan Ramadhan dibolehkan. Nabi SAW juga menyampaikan berita gembira kepada para sahabatnya atas datangnya bulan Ramadhan. Baginda memberikan semangat kepada mereka untuk bersungguh-sungguh dalam beramal soleh pada bulan tersebut.

  • Perbezaan Ramadhan Al-Kareem Dengan Ramadhan Al-Mubarak

Seterusnya kita biasa dengar orang ucap “Ramadhan Karim” dan “Ramadhan Mubarak”. Tapi mana satu ucapan yang betul?

Apa jua pilihan kalimat yang kita ucapkan, paling penting adalah semangat dalam diri menyambut Ramadhan itulah yang paling utama. 

“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang merupakan suatu bulan yang diberkati. Allah telah memfardhukan ke atas kamu untuk berpuasa di dalamnya. 

Pada bulan ini dibuka pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka, serta dirantai syaitaan-syaitan yang jahat. Pada bulan ini terdapatnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang terhalang dari mendapatkan kebaikan malam itu sesungguhnya dia telah terhalang (dari rahmat Allah).” (HR Nasaie)

  • Ramadhan Mubarak

Diterjemahkan daripada perkataan Arab yang bermaksud ‘diberkati’ – frasa itu bermaksud ‘Ramadhan yang diberkati’. Kerap digunakan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada seseorang. 

  • Ramadhan Kareem

Diterjemahkan sebagai ‘Ramadhan yang pemurah’ dan jarang digunakan kerana terdapat perbahasan dan perbezaan pendapat berdasarkan maksudnya. 

Tiada ucapan khusus untuk menyambut kedatangan Ramadhan dan tiada larangan selagi ucapan-ucapan tersebut tidak bercanggah dengan syarak. 

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: 

“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa”

Timbul perbezaan pendapat yang mana ucapan Al-Kareem dianggap tidak sesuai diucapkan. Secara umumnya kareem bermaksud sesuatu yang hebat, mulia dan banyak. Jadi apabila seseorang memberikan ucapan Ramadhan karim dicadangkan dijawab dengan ucapan Allahu Akram (Sesungguhnya Allah yang memuliakannya).

Ucapan Ramadhan karim boleh diertikan sebagai doa semoga bulan ini membawa berbagai kebaikan, kemuliaan dan keberkatan yang pastitinya kita yakini ianya dari anugerah Allah al Karim yang maha pemurah. Justeru itu ia boleh diucapkan bersempena kedatangan bulan Ramadan seperti juga ucapan Ramadhan al Mubarak.

Jom edekah

SEJARAH PENSYARIATAN PUASA DI BULAN RAMADHAN

Ulama bersepakat bahawa puasa Ramadhan disyariatkan pada bulan Syakban tahun 2 Hijriyah.

Dalam Musnad Imam Ahmad disebutkan hadith berikut.

Dari Mu’adz bin Jabal ra, Adapun fasa puasa yang pertama, ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, beliau puasa setiap bulannya tiga hari. Kemudian beliau menambah puasa hingga 17 bulan dari Rabi’ul Awwal sampai Ramadhan (Yazid mengatakan 19 bulan dari Rabi’ul Awwal hingga Ramadhan), setiap bulannya tiga hari puasa. Kemudian beliau juga puasa Asyura (sepuluh Muharram). Kemudian Allah mewajibkan puasa dengan menurunkan ayat daripada surah al-Baqarah ayat 183:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”

Sehingga ayat 184:

وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِين

Maksudnya: “Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin.”

Maka barang siapa ingin puasa, silakan. Siapa yang mahu tunaikan fidyah dengan memberi makan orang miskin, dibolehkan pula. Kemudian diturunkan ayat ke 185:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ

Maksudnya:“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu.”

Maka diwajibkan puasa bagi yang mukim, sihat, dan diberikan keringanan bagi orang sakit, musafir. Sedangkan untuk yang sudah berusia lanjut yang tidak sanggup lagi untuk berpuasa, maka dikenakan fidyah dengan memberi makan pada orang miskin. Inilah fasa kedua.

Maka orang-orang saat itu makan, minum, dan menggauli istri mereka selama mereka belum tidur malam. Ketika sudah tidur, maka tidak boleh melakukan hal-hal tadi lagi.

Diceritakan bahawa ada seseorang bernama Shirmah, siang hari beliau bekerja hingga petang. Kemudian ia mendatangi keluarganya, kemudian beliau solat Isya, kemudian langsung tertidur dan tidak sempat makan maupun minum sehingga datang Subuh, maka beliau dari tertidur tadi sudah dalam keadaan berpuasa. Lantas di pagi hari Rasulullah SAW  melihatnya yang sudah dalam keadaan letih berat. Rasulullah SAW pun mengatakan kepadanya:

مَا لِى أَرَاكَ قَدْ جَهَدْتَ جَهْداً شَدِيداً

Sepertinya engkau dalam keadaan letih berat.” Ia menjawab,

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّى عَمِلْتُ أَمْسِ فَجِئْتُ حِينَ جِئْتُ فَأَلْقَيْتُ نَفْسِى فَنِمْتُ وَأَصْبَحْتُ حِينَ أَصْبَحْتُ صَائِماً

“Iya wahai Rasulullah. Aku kelmarin bekerja berat. Aku pulang lantas tertidur hingga aku berpuasa pada pagi hari.”

Saidina Umar pun menggauli hamba wanitanya atau isterinya setelah Umar tidur, kemudian ia mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan menceritakan masalah yang beliau alami. Lantas turunlah firman Allah surah al-Baqarah ayat ke 187:

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَائِكُمْ ۚ هُنَّ لِبَاسٌ لَكُمْ وَأَنْتُمْ لِبَاسٌ لَهُنَّ ۗ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَخْتَانُونَ أَنْفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنْكُمْ ۖ فَالْآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ ۚ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ۖ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ

Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan istri-istri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam.”

Kesimpulannya, tiga fasa puasa adalah:

  1. Puasa itu wajib, tetapi masih diberikan pilihan untuk bayar fidyah. (QS. Al-Baqarah: 183-184)
  2. Puasa menjadi wajib bagi yang mampu berpuasa. (QS. Al-Baqarah: 185)
  3. Puasa wajib mulai dari terbit fajar Subuh hingga tenggelam matahari, disunnahkan makan sahur. (QS. Al-Baqarah: 187)

Wallahua’lam.

Bulan Ramadhan ini bulan untuk kita merebut peluang melakukan banyak amalan sunat. Salah satunya ialah bersedekah. Oleh itu, marilah bersama-sama kita menyalurkan sumbangan atau bersedekah bagi golongan yang memerlukan. Boleh klik pada butang Bantu Mereka dibawah dan salurkan sumbangan. Terima kasih.

Sudahkah Anda Menjadi Tangan Yang Memberi?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top