Solat yang merupakan pasak agama tidak hanya berdiri di atas tiang-tiang rukun yang utama sahaja. Sebaliknya, ia juga diperindah dan diperkemas dengan sunat-sunatnya. Persoalannya, apa itu perkara sunat? Sunat ialah perkara yang dituntut ke atas manusia supaya melakukannya iaitu melakukannya dapat pahala dan meningalkannya tidak berdosa. Begitu juga dengan solat yang dilengkapi dengan perkara rukun dan sunat.
la berfungsi sebagai pelengkap kepada sebarang kekurangan yang mungkin tidak disedari di dalam solat. Rasulullah SAW sendiri melakukan sunat-sunat ini dalam solat. Tetapi, kerana besar peranannya dalam solat, sebahagian individu terkeliru antara rukun solat dan sunat ini. Keadaan ini perlu diperbetulkan, kerana sesiapa sahaja yang tidak dapat membezakan antara perbuatan solat yang rukun dan yang sunat, tidak sah solatnya sekalipun dia melakukannya dengan sempurna.
Justeru, marilah kita kenali perkara sunat di dalam solat yang mana ianya terbahagi kepada dua iaitu Sunat Hai’ah dan Sunat Ab’adh.
Sunat Hai’ah adalah perkara sunat yang tidak memberi kesan jika meninggalkannya. Dengan erti kata lain, jika terlepas sunat Hai’ah, tidak perlu melakukan sujud sahwi atau diulang perbuatan tersebut. Terdapat 14 perkara sunat Hai’ah, antaranya:
Meletakkan perut tapak tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya serta meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.
Hikmah memegang tangan itu ialah menetapkan kedua-dua tangan itu supaya ia tidak akan bergerak ke sana ke sini.
Lafaznya ialah:
Maksudnya: “Allah Yang Paling Besar dengan sebesar-besar kebesaranNya dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku bagi Tuhan yang menciptakan langit-langit dan bumi, dalam keadaanku yang lurus, berserah diri dan tidaklah aku daripada golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian Alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan dengan itu (apabila) aku disuruh dan aku tergolong dalam golongan orang Islam.”
Lafas Ta’awuz disunatkan baca sebelum bacaan surah al-Fatihah. Jika membaca Ta’awuz selepas al-Fatihah, hukumnya adalah makruh. Lafaz Ta’awuz adalah seperti berikut:
Maksudnya:”Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam”
Syaitan ialah lambang bagi tiap-tiap orang yang degil dan keras kepala
Sunat membaca surah al-Fatihah dengan suara yang kuat pada tempat-tempat yang ditentukan, iaitu pada dua rakaat yang pertama solat maghrib, isyak dan subuh, solat Jumaat, dua hari raya, gerhana bulan, minta hujan, tarawih, witir (di dalam bulan Ramadhan) dan solat untuk mengerjakan tawaf (kalau dikerjakan pada waktu malam dan subuh)
Disunatkan pula membaca al-Fatihah dan surah dengan perlahan pada tempat selain daripada yang disebutkan.
Sunat juga berhenti sebentar sebelum membaca “Amin”.
Maksudnya: “perkenankanlah”
Amin itu mempunyai empat huruf yang mana Allah menjadikan tiap-tiap satu malaikat yang akan berkata, “Ya Allah, ampunkanlah bagi orang yang berkata, Amin.”
Disunatkan membaca surah Al-Quran walaupun pendek, selepas al-Fatihah pada dua rakaat yang pertama bagi imam atau orang yang bersolat berseorangan.
Telah diketahui bahawa takbiratul ihram adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Apabila telah mengucap takbir ketika takbiratul ihram maka disunatkan mengucap takbir seumpamanya setiap kali berpindah dari satu rukun ke rukun yang lain kecuali bangkit daripada rukuk.
Bacaan ketika bangkit daripada rukuk adalah seperti ini:
Maksudnya:”Allah mendengar pujian orang yang memujinya”
Dan semasa iktidal sunat membaca:
Maksudnya:”Wahai Tuhan kami, hanya untuk engkau sahaja segala puji sepenuh langit, sepenuh bumi, sepenuh apa yang ada di antara kedua-duanya dan sepenuh apa sahaja yang Engkau kehendaki setelah itu.”
Maksudnya:”Maha Suci Tuhanku yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujianNya”
Membaca tasbih ketika sujud iaitu:
Maksudnya:”Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujianNya”
Caranya ialah melepaskan jari-jari tangan kiri disamping merapatkan jari-jarinya antara satu sama lain di mana jari tersebut berada di hujung kepala lutut. Manakala jari tangan kanan digenggam melainkan jari telunjuk. Ia dihulurkan dalam keadaan direndahkan ketika awal bacaan tasyahhud kemudian diangkat ketika menyebut “IllaAllah“
Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri dan kanan supaya ia dapat dihadapkan ke kiblat iaitu semasa tahiyat awal, duduk antara dua sujud dan juga duduk istirahat (semasa hendak bangun daripada sujud pada rakaat pertama atau ketiga)
Iaitu duduk tahiyat akhir (duduk tawaruk ini ialah seperti iftirasy juga tetapi perbezaannya adalah dengan mengeluarkan kaki kiri ke sebelah kanan dengan menyentuhkan punggungnya ke lantai serta menegakkan tapak kaki kanan dengan jari dihadapkan ke kiblat).
Salam yang kedua dengan berpaling ke kiri sehingga sekurang-kurangnya nampak pipi kiri dipandang dari arah belakang.
Selain perkara Sunat Hai’ah, Sunat Ab’adh juga penting untuk menghasikan solat yang sempurna. Walaupun meninggalkannya tidak membatalkan solat atau berdosa tetapi digalakkan untuk melakukan sujud sahwi samada meninggalkannya secara sengaja atau tidak sengaja. Ianya menunjukkan kepentingan dan tingginya nilai sunat ab’adh dalam solat.
Makna Ab’adh dari segi bahasa berasal daripada perkataan ba’ad (بعض) yang bermaksud sebahagian atau setengah. Manakala makna dari segi syara’ pula adalah semua perbuatan dalam solat yang jika ditinggalkan secara tidak sengaja atau sengaja disunatkan ditampung dengan sujud sahwi di akhir solat atau selepas solat.
Sunat ab’adh mengandungi tujuh perkara iaitu:
Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka