Misi Bantuan Gempa Bumi Turkey-Syria dengan kerjasama Team Afdlin Shauki dan NGO Persatuan Bina Insan

Alhamdulillah, pada 5 Mac lalu Misi Bantuan 1 telah dilancarkan ke Turkey-Syria.

Kutipan dan sumbangan yang dapat dikumpulkan pada waktu itu adalah sebanyak RM3000. Jumlah tersebut telah diserahkan kepada Team Misi bantuan iaitu Team Afdlin Shauki dan NGO Persatuan Bina Insan untuk dibawa ke sana.

Walaupun jumlah kutipannya masih sedikit, tapi InsyaAllah ia dapat membantu dan meringankan sedikit beban saudara Islam kita di sana.

Kami juga akan terus berusaha untuk mendapatkan lebih banyak dana dan sumbangan daripada rakyat Malaysia yang prihatin bagi meneruskan misi bantuan ini.

Jom sama-sama kita selitkan doa semoga dipermudahkan segala urusan misi ini dan juga buat rakyat Turkey-Syria agar terus tabah menghadapi ujian ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top