Pemberian Baju Raya dan Duit Raya Kepada Golongan Mualaf

Majlis anjuran PERKIM Datuk Keramat dengan sumbangan khas oleh Instagear KL SDN BHD pada 19 April yang lalu telah dapat merealisasikan hasrat para mualaf di sini untuk menyarungkan baju baru di pagi Syawal.

Majlis kali ini bukan saja menyaksikan penyerahan baju raya semata-mata, malah para mualaf ini juga turut menerima duit raya hasil sumbangan ikhlas para penyumbang.

Alhamdulillah, rata-rata daripada mereka kelihatan sangat ceria, gembira, terharu dan bersyukur atas pemberian ini.

Mungkin bagi orang lain ia tidaklah seberapa, namun bagi mereka ia sangat-sangat bermakna dan sedikit sebanyak dapat mengubati kesedihan mereka yang disisih keluarga kerana memeluk agama Islam.

Terima kasih kepada penaja dan para penyumbang yang sudi berkongsi rezeki bersama kami. Teruskan sokongan anda agar kami dapat melakarkan lebih banyak keceriaan di wajah mereka, InsyaAllah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top