PENEMPATAN BARU – Pelajar Asrama Darul Fitrah

(Serahan kunci kediaman baharu Asrama Darul Fitrah) 

Alhamdulillah, semua pelajar asrama Darul Fitrah telah ditempatkan di sebuah kediaman baharu yang terletak di alamat No. 2A, Jalan Gurney 2, Datuk Keramat, 54000, Kuala Lumpur. Mereka telah tinggal di situ bermula dari 4 Jun yang lalu. Selain itu, kediaman ini mempunyai 7 bilik yang lebih selesa, eksklusif, kondusif dan sangat cukup untuk menempatkan 15 orang para pelajar. 

Program-program juga akan turut dilaksanakan di sini. Antaranya ialah pengajian ilmu, pengajian Al-Quran, solat berjemaah, majlis tazkirah dan aktiviti keagamaan yang lain. PERKIM memberikan semua kemudahan ini sebagai hadiah untuk para pelajar yang sentiasa tekun, ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Kami juga berharap agar Darul Fitrah dapat melahirkan lebih ramai insan yang bertaqwa dan para daie yang berjuang untuk agamanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top