Pengertian Asnaf. Siapa layak dapat zakat?

Ramai yang diluar sana yang sedang dihimpit dengan kesusahan terutama apabila munculnya wabak Covid-19 dan juga peristiwa banjir besar yang melanda beberapa buah negeri baru-baru ini. Mereka terhimpit dan memerlukan bantuan dan sokongan dari orang ramai. Oleh sebab itu, ada yang memohon bantuan daripada pihak pungutan zakat. Namun tidak semua permohonan yang di buat berjaya. Ada yang terpaksa ditolak atas beberapa faktor.

Setiap keputusan yang dibuat oleh pihak pungutan zakat mempunyai sebabnya tersendiri. Dalam pengagihan zakat pelbagai kriteria perlu dilihat bagi memastikan seseorang itu tergolong dalam golongan yang layak menerima zakat (asnaf). Bukan sekadar secara lisan, ia memerlukan siasatan yang teliti bagi memastikan pengagihan adalah kepada individu yang benar-benar layak.

Jadi mari kita lihat, apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan asnaf dan apakah kumpulan-kumpulan yang dikategorikan sebagai asnaf.

Apa Maksud Asnaf?

Asnaf ialah pihak yang layak menerima bantuan Zakat dari kalangan orang Islam.  Perkara tersebut dirakamkan dalam Al-Quran melalui surah A-Taubah ayat ke-60:

اِنَّمَا الصَّدَقٰتُ لِلْفُقَرَاۤءِ وَالْمَسٰكِيْنِ وَالْعَامِلِيْنَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوْبُهُمْ وَفِى الرِّقَابِ وَالْغَارِمِيْنَ وَفِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ وَابْنِ السَّبِيْلِۗ فَرِيْضَةً مِّنَ اللّٰهِ ۗوَاللّٰهُ عَلِيْمٌ حَكِيْمٌ

 “Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Surah At-Taubah, ayat 60: 

8 Golongan Asnaf

1. Fakir (al Fuqara)

Golongan yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuk untuk keperluan dirinya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. 

2. Miskin (al-Masakin) 

Golongan yang mempunyai kemampuan untuk  berusaha mendapatkan keperluan hidup tetapi tidak mencukupi sepenuhnya.

3. Amil

Orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.

4. Muallaf

Seseorang yang baru memeluk agama Islam.

5. Riqab

Seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.

6. Gharimin

Penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.

7. Fisabilillah

Orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.

8. Ibnu Sabil

Musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.

Untuk menentukan seseorang itu tergolong dari golongan yang layak menerima zakat, pihak zakat akan menggunakan kaedah had kifayah.

Apa itu Had Kifayah?
Had Kifayah adalah satu pengiraan dan pengukuran untuk menentukan seseorang itu termasuk dalam golongan asnaf (Fakir dan Miskin). Perlulah diketahui, pengiraan setiap negeri adalah berbeza. Terdapat banyak aspek lain yang dilihat untuk membolehkan setiap yang berlaku ke atas pemohon diambil kira bagi memastikan keputusan yang diambil adalah keputusan yang betul dan berasaskan pengiraan had kifayah.

Sudahkah Anda Bersedekah Hari Ini?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti asnaf, ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik , muallaf, anak yatim dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

1 thought on “Pengertian Asnaf. Siapa layak dapat zakat?”

  1. Zubir Salleh

    Appreciate if I can get a fatwa whether the following people can be given zakat:
    1. A 62 year diabetic lady and hv to go regular dialysis. She is not working but have working brother and house wife sisters.
    2. NGO berdakwah ke kampong org Asli. Ada yg sudah masuk Islam. Program includes giving rice, flour, cooking oil etc, repair their houses to the community which comprises of muslim and not yet muslim.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top