Pengislaman Pemuda India

Alhamdulillah, dengan izin Allah jua seorang pemuda berbangsa India dan beragama Hindu mengucap syahadah pada hari ini. Beliau didakwahkan oleh sebuah keluarga mualaf yang baru memeluk islam beberapa tahun lepas.
 
Pemuda ini bernama Monish berusia 22 tahun. Memahami dengan baik Bahasa Malaysia dan mampu melafazkan syahadah dengan mudah. Keluarganya masih belum memeluk Islam, namun mereka tidak menghalangnya untuk memeluk Islam.
 
Saya mengajarkannya beberapa panduan dalam Islam, terutama mengenai lafaz syahadah, Rukun Islam dan Rukun Iman yang mesti diyakininya.
 
Majlis pada hari ini turut disertai oleh artis terkenal Saudara Adam Corrie. Beliau berada disisi keluarga dan turut memberikan kata-kata rangsangan kepada mereka. Bahkan, Adam Corries turut memimpin lafaz syahadah seorang wanita dari Indonesia selepas itu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top