Penyerahan Kereta Untuk Kegunaan Para Mualaf

Satu serahan kereta telah dilakukan kepada para NGO Persatuan Bina Insan di Sungai Buloh. Kereta ini adalah untuk kegunaan para mualaf yang tinggal jauh daripada bandar dan mereka sangat memerlukan bantuan ini.

Walaupun kereta itu hanyalah kereta lama, tetapi cukup untuk meringankan beban mereka. Moga-moga dengan sedikit sumbangan ini membuatkan mereka lebih istiqamah dalam mempelajari serta mendalami ilmu agama.

Akhir kata, ribuan terima kasih diucapkan kepada para penderma yang dermawan kerana sudi menyumbang kepada PERKIM Cawangan Datuk Keramat. Semoga ia menjadi saham di akhirat kelak. Aamiin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top