PERKIM Datuk Keramat Lancar Kiosk Pertama

Alhamdulillah hari ini berlakunya pembukaan kiosk Donut dan roti yang pertama di Bandar Baru Ampang (LRT Ampang). PERKIM Datuk Keramat telah melancarkan pembukaan tersebut.

Kiosk ini merupakan projek ekonomi untuk mualaf dan asnaf yang bersama PERKIM Datuk Keramat. Apabila adanya kiosk ini, para mualaf dan asnaf berpeluang untuk mendapat pekerjaan.

Di sini, pelbagai jenis donut dan roti yang disajikan oleh PERKIM kepada pengunjung untuk membeli sambil sedekah. Malah di kiosk ini terdapat juga air kopi viral iaitu HAOS ERK.

Memang rugi kalau siapa tak cuba. Justeru itu, kami mengalu-alukan kepada pengguna LRT Ampang untuk singgah ke Kiosk PERKIM Datuk Keramat. Singgah jangan tak singgah tau!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top