PERSEDIAAN SELEPAS MENAMATKAN PELAJARAN

PERSEDIAAN SELEPAS MENAMATKAN PELAJARAN

MAJLIS KONVOKESYEN

Baru-baru ini telah berlangsungnya Majlis Konvokesyen bagi graduasi di kebanyakan Universiti Awam di Malaysia.

Ada yang berjaya menamatkan pembelajarannya mengikut tempoh kursus yang ditetapkan dan ada yang tidak berjaya.

Tahniah diucapkan kepada para graduan tanpa mengira apa jua bidang yang diambil dan semoga mampu memberi manfaat kepada masyarakat.

Bagi yang belum mampu menyelesaikan, diucapkan selamat berjuang sehingga ke titisan yang terakhir.

Sudah tentu, ramai dikalangan siswa dan siswi yang tidak sabar menantikan saat graduasi sebagai tanda tamatnya tempoh pembelajaran, namun ketahuilah kehidupan selepas tamat belajar tidak seindah yang disangka.

Kerja yang bakal diterima berkemungkinan tidak sepadan dengan kursus yang diambil.

Gaji yang ditawarkan juga tidak sesuai dengan tahap pengajian. Itu semua bergantung kepada rezeki yang tertulis bagi setiap orang. Namun, perlu ada ikhtiar bagi setiap orang bagi menempuh kehidupan luar yang lebih mencabar.

Justeru, artikel ini ingin menekankan tentang persediaan yang perlu dilakukan selepas tamat belajar.

PERSEDIAAN SELEPAS MENAMATKAN PELAJARAN

  • Hasilkan Resume dan Memohon Pekerjaan

Resume boleh dianggap sebagai refleksi kepada diri kita sendiri. Di sini lah terteranya segala maklumat penting yang perlu diketahui oleh bakal majikan. Menghasilkan resume merupakan langkah pertama dalam menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.

Resume yang disarankan untuk digunakan ialah jenis ‘creative resume’ atau ‘visual resume’ yang mana format ini menggunakan lebih banyak visual berbanding text. Hiasi resume anda dengan penggunaan icon, simbol, dan pelbagai visual.

Setelah resume selesai disempurnakan. Tibalah masanya untuk anda memohon pekerjaan di syarikat-syarikat yang mengiklankan jawatan kosong. Cara yang paling pantas dan mudah ialah dengan mencarinya melalui atas talian.

Anda juga boleh memohon pekerjaan melalui borang online yang disediakan atau menghantar permohonan melalui email yang disertakan. Antara laman sesawang yang menyediakan pengiklanan jawatan kosong ialah seperti:

  1. JobStreet Malaysia
  2. gov
  3. Maukerja
  4. my
  5. gov
  6. my
  7. Scoot
  8. Jobi
  9. TribeHired
  10. Startup Job Asia
  11. Wowintro
  12. Intern.my
  • Kuatkan Mental dan Fizikal

Antara tips yang paling berkesan dalam pencarian dan permohonan melalui online ialah kerajinan. Rajin melawati setiap laman web di atas dan membuat sebanyak yang mungkin permohonan.

Jelas bahawa kita sangat-sangat perlu proaktif dalam mencari kerja sesudah tamat belajar. Hal ini kerana kita perlu bersaing dengan beribu-ribu graduan dari setiap universiti untuk mendapatkan suatu kedudukan dalam sesebuah syarikat.

Apabila dipanggil untuk temuduga sentiasalah bersedia dan melakukan penyelidikan terhadap jawatan yang disandang dan syarikat yang menemuduga. Ketika inilah, kita perlu memanfaatkan segala skill yang telah dipelajari di univerisiti baik melalui kelas mahupun program yang disertai.

Perlu diletakkan juga dalam minda bahawa kita tidak boleh terlalu memilih dengan skop kerja dan kedudukan yang akan ditawarkan nanti. Bukan itu sahaja, pengalaman yang tinggi sangat diperlukan dalam kriteria permintaan pekerjaan.

Oleh itu, apa sahaja bidang kerja yang ditawarkan, terimalah dengan hati terbuka. Melalui itu, kita mampu untuk mengumpul segala bentuk pengalaman, ilmu dan skill yang tidak kita pelajari di mana-mana sekolah dan univerisiti. Walaupun kerja yang dilakukan dipandangn remeh padda mata orang lain, ingatlah, rezeki yang halal membawa keberkatan.

  • Luaskan Kemahiran dan Ilmu

Mungkin ada dalam kalangan ‘fresh grad’ yang kurang bernasib baik dalam dunia kerjaya. Jangan mengalah dan guna setiap waktu dengan sebaiknya. Isilah waktu yang terluang dengan menyertai mana-mana kelas untuk meningkatkan lagi kemahiran dan skill-skill tertentu.

Antaranya ialah seperti kemahiran menggunakan Microsoft Excel, ilmu ‘editing’, ‘designing’, ‘marketing’ dan banyak lagi. Kemahiran-kemahiran seperti menjadi permintaan yang sangat tinggi lebih-lebih lagi terdapat banyak syarikat yang berasaskan online.

Selain itu, melalui kelas-kelas ini, kita dapat menambahkan lagi jaringan kenalan yang berbeza-beza pandangan dan bentuk pekerjaan. Mungkin dari situ, kita berpeluang untuk mempelajari sesuatu juga daripada mereka.

Lebih baik lagi, kita turut diajak untuk menyertai kerja yang telah mereka lakukan. Bukan itu sahaja, melalui jaringa ini juga kemahiran komunikasi dapat diasah dengan baik. Bagaimana untuk memulakan perbincangan, apakah perkara yang perlu dielakkan, bagaimana cara untuk membetulkan salah faham dan sebagainya.

Banyak manfaat dengan menyertai kelas-kelas luar seperti ini walaupun ianya berbeza dengan kursus yang telah diambil di universiti sebelumnya

  • Berkhidmat Untuk Keluarga

Bertahun lamanya, kita dibesarkan oleh ibu ayah, sejak tadika sehinggalah berjaya menamatkan pengajian di universiti. Kini mereka semakin tua, tibalah masa untuk kita membalas jasa mereka dan berkhidmat untuk mereka kembali.

Apa juga pekerjaan yang dilakukan, jangan pernah lupa untuk memberikan sebahagian pendapatan kita kepada kedua orang tua. Lakukanlah apa sahaja yang boleh meringankan beban mereka seperti membiayai adik yang masih belajar setakat mana yang mampu.

 Tidak cukup dengan itu, masa dan tenaga juga perlu dicurahkan dengan menziarah, melawat dan meluangkan waktu bersama mereka. Saban hari, kita juga akan bekeluarga dan menjadi lebih sibuk untuk menikmati waktu-waktu bersama mereka

  • Meneruskan Pelajaran di Peringkat Lebih Tinggi

Jika dikurniakan peluang untuk melanjutkan pelajaran, teruskanlah. Yakinlah bahawa rezeki Allah SWT tidak akan pernah putus bagi orang yang tidak berhenti berusaha dan berjihad dijalan Allah.

Sudah tentu perjalanannya juga tidak akan mudah, kita akan mula melihat ramai dalam kalangan sahabat dan keluarga yang mungkin banyak meluangkan masanya dengan bercuti, keluarga dan bersuka ria dan mula membandingkan dengan kehidupan diri kita yang masih lagi terkandas menyiapkan projek akhir di peringkat pengajian yang lebih tinggi.

Tidak ramai yang diberikan peluang seperti ini. Bukan gelaran Dr mahupun pujian yang diinginkan, tetapi kemampuan untuk menggalas tanggungjawab memberikan sumbangan kepada bangsa, negara dan agama.

Kepada semua graduan yang baru sahaja menjalani Majlis Komvokesyen baru-baru ini, persiapkan mental dan fizikal. Semoga segala ilmu yang telah dipelajari bertahun lamanya dapat memberikan manfaat buat diri dan orang luar.

Wallahua’lam.

Sudahkah Anda Menjadi Tangan Yang Memberi?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top