PERTEMUAN PERKIM DATUK KERAMAT BERSAMA KOMPOSER TERKENAL, HAFIZ HAMIDUN

PERKIM Datuk Keramat telah mengadakan kunjungan ke Arteffects Media di Mutiara Damansara.

Syarikat ini adalah kepunyaan Hafiz Hamidun, komposer terkenal yang pernah menghasilkan beberapa lagu untuk artis terkenal di negara. Pertemuan ini bagi mengikat perjanjian antara PERKIM dengan Arteffects serta penyampai radio IKIM bagi menghasilkan sebuah sigle lagu bertemakan Hijrah.

Lagu ini akan dicipta oleh Hafiz Hamidun, lirik pula ditulis oleh Fedtri Yahya dari TV 3 manakala dinyanyikan oleh penyampai IKIM seperti Sufian Amrin, Syafik Salleh, Ustaz Erwan Johari dan Faiz Hj Othman.

PERKIM ini berhasrat untuk merancakkan dakwah dalam dunia hiburan dan diharapkan perancangan ini sebagai alternatif kepada remaja Islam bagi mendengar lagu yang mempunyai mesej dakwah, ketuhanan, cinta Rasul SAW, serta kasih sesama insan. In Sya Allah, dalam sedikit masa lagi lagu ini akan diluncurkan menjadi halwa telinga.

Kami mengharapkan usaha sedikit ini dirahmati Allah, dipermudahkan urusan dakwah, serta diangkat martabat umat Islam di mata masyarakat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top