Program Bantu Mualaf Orang Asli Hulu Kuang

Baru-baru ini kami telah berjumpa dengan Puan Rohani yang merupakan penggerak masyarakat orang Asli di daerah Gombak. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk bekerjasama dalam membuat satu program yang istimewa bagi saudara baru kita di Kampung Orang Asli Hulu Kuang, iaitu program “KAHWIN BERAMAI-RAMAI”.

Program ini bukan sahaja dapat membantu saudara baru bahkan ingin membuka mata banyak pihak terutamanya masyarakat orang asli yang tidak berpengetahuan dalam agama Islam. Kita juga ingin menunjukkan bahawa Islam itu adalah agama yang benar dan sangat praktikal untuk semua jenis masyarakat tidak kira apa jua bangsa dan agama.

Ayuh hulurkan sedikit sumbangan agar kita sama-sama dapat bantu untuk menjayakan lagi program ini secara besar-besaran.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top