Program Korban Kerjasama PERKIM Datuk Keramat & Akademi Al Quran Al Hidayah

Alhamdulillah, sempena Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, saudara baru penghuni Asrama Darul Fitrah diundang ke Akademi Tahfiz Al Hidayah, yang terletak di Jalan Gurney 3, Datuk Keramat, untuk melapah lembu korban kelolaan mereka. Penghuni lelaki (Asrama Darul Fitrah) dan perempuan (Darul Huda) turut hadir membantu kakitangan menjalankan program korban ini.

Akademi Tahfiz Al Hidayah dikendalikan oleh Ibu Laila yang mana tahfiz ini telah beroperasi lebih dari dua puluh tahun dan mempunyai seramai 280 orang pelajar lelaki dan perempuan. Selain itu, mereka juga turut memberi pertolongan kepada golongan ibu tunggal, anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Dua orang daripada anak asnaf mualaf juga telah berjaya didaftarkan sebagai pelajar di Maahad Tahfiz ini. In sya Allah, didoakan agar kerjasama antara PERKIM Datuk Keramat dan Akademi Al Quran Al Hidayah ini akan berterusan terutamanya dalam mengangkat kedudukan golongan mualaf.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top