PROGRAM LARIAN AMAL (FUN RUN)

Satu larian amal anjuran bersama PERKIM Datuk Keramat bakal diadakan pada 25 Februari ini. Oleh itu, kami ingin mengajak Tuan Puan untuk turut sama mengambil bahagian dan memeriahkan lagi program ini. Antara objektif program larian amal ini diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi membantu para asnaf dan mualaf di sekitar Kuala Lumpur.

Maklumat terperinci tentang program ini adalah seperti berikut;

Lokasi : Taman Tasik Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Jarak : 5KM
Umur : 12 tahun ke atas sahaja
Pendaftaran : 5 – 15 Februari 2023
Pengambilan Kit Larian : 24 Februari 2023
Tarikh Larian : 25 Februari 2023

Tunjukkan sokongan anda dengan mendaftar sekarang: https://forms.gle/KovDC3J8GVLnhDjy9

Jom kekal sihat sambil membantu!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top