Program Persiapan Raya Bersama Mualaf

Anjuran PERKIM Datuk Keramat dengan kerjasama MUAZ 25 April 2022 Alhamdulillah, program persiapan raya bersama para mualaf akhirnya dijayakan dengan bantuan dari MUAZ iaitu salah satu pusat membeli-belah yang terkenal. Pengurus di cawangan tersebut juga turut memberikan layanan istimewa kepada para mualaf, seperti memberi diskaun dan kaunter khas bagi memudahkan mereka membayar terus tanpa perlu beratur. 

Seperti yang semua sedia maklum, kita juga sudah berada di minggu terakhir Ramadan. Semestinya setiap jalan raya ataupun mana-mana pusat membeli-belah akan turut sesak dan sibuk lebih-lebih lagi di kota raya Kuala Lumpur. Oleh itu, kami dari PERKIM Cawangan Datuk Keramat berbesar hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan layanan yang diberikan oleh staf MUAZ. Akhir kata, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIN DAN BATIN.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top