Sambutan Ambang Tahun Baru 2023

Satu majlis sambutan ambang tahun baru telah berlangsung di Surau Taman Maluri dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) dan PERKIM Datuk Keramat. Majlis sambutan yang bermula pada jam 9 malam ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelbagai pihak, seperti DJ dari IKIM FM, Daqmie, Team Qasidah Yadim dan Persembahan Sajak dari Kopratasa Sani Sudin.

Alhamdulillah, majlis kali ini sangat-sangat bermakna walaupun sambutannya tidaklah secara besar-besaran. Sekaligus majlis ni juga sebenarnya dapat memberikan pendedahan kepada anak-anak muda bahawa berhibur tu tak salah, jika menepati dan mengikut hukum syarak. Akhir sekali, kami ingin mengambil peluang untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis ini, dan tak dilupakan juga kepada semua tetamu-tetamu yang sudi hadir.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top