SEDEKAH DAPAT MENGHAPUSKAN DOSA YANG LEPAS

SEDEKAH DAPAT MENGHAPUSKAN DOSA

MANUSIA TIDAK TERLEPAS DARIPADA KESILAPAN

Setiap daripada kita yang bergelar hamba Allah mempunyai iman. Yang membezakan kita semua adalah kualiti iman kita sama ada tinggi atau rendah.

Bila mana iman kita tinggi berada di puncak, maka tiada masalah buat kita untuk melakukan ibadah dan kebaikan kerana kita merasai manisnya iman.

Tetapi, bila mana kita diuji dengan iman yang lemah? Segala kebaikan terasa berat, hilangnya kemanisan ibadah dan rasa malas menguasai diri

Dosa yang kita lakukan seharian sama ada sengaja atau tak sengaja. Dosa yang kita tahu mahupun yang kita tak tahu.

Kita semua sedia maklum yang iman kita akan sentiasa naik dan turun ibarat roller-coaster. Kerana itu, Allah Maha Pengampun terhadap hamba-hambaNya kerana Dia tahu kita akan sentiasa berbuat dosa dan lemah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Kesemua anak Adam itu melakukan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat.” (HR Ibnu Majah)

Berdasarkan hadith diatas, dapat difahami kesemua anak Adam itu disifatkan sebagai seorang sebagai seorang yang berbuat kesalahan.

Sekalipun bukan semua kesalahan itu dikira dan dinilai sebagai satu dosa akan tetapi berdasarkan kepada siyaaq (konteks) hadith secara keseluruhan, perkataan al-khata’ didalam hadith ini jelas membawa maksud berdosa.

Ini kerana, ayat selepasnya menyatakan bahawa sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah mereka yang bertaubat.

Umum mengetahui bahawa perbuatan dosalah yang berhajat dan memerlukan kepada taubat dan pengampunan Tuhan.

Seakan yang ingin disampaikan oleh hadith diatas adalah semua anak Adam itu berbuat dosa dan sebaik-baik mereka yang berbuat dosa adalah golongan yang bertaubat kepada Allah SWT.

Begitulah juga dengan sebuah haddith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW yang bermaksud:

Demi zat yang jiwaku berada ditangan-Nya, sekiranya kamu semua tidak berbuat dosa, nescayalah Allah akan menghilangkan kamu (mematikan) dan Allah akan mendatangkan satu kaum yang berbuat dosa, lalu mereka beristighfar kepada Allah dan Dia akan mengampunkan mereka.” (HR Muslim)

Allah itu sangat mencintai hamba-hambaNya yang sentiasa bertaubat lagi dan lagi tanpa putus asa. Apabila hambaNya berbuat dosa… Allah menunggu hambaNya itu kembali kepadaNya.

Jangan pernah ragu-ragu dengan cinta Allah kerana Allah mencintai semua hambaNya melebihi kasih sayang ibu bapa kepada kita.

Allah menciptakan kita bukan dengan tujuan untuk menghukum kita melainkan untuk memuliakan kita.

Allah ingin berjumpa kita di syurga kerana itu Allah membuka pintu pengampunanNya seluas-luasnya sehingga hari kiamat.

PELAKU DOSA HATINYA AKAN RESAH

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Seorang hamba apabila melakukan sesuatu kesalahan (dosa), maka dititikkan dalam hatinya satu titik hitam. Apabila ia meninggalkannya dan meminta ampun serta bertaubat, hatinya dibersihkan. Apabila ia kembali (berbuat maksiat), maka ditambahkan titik hitam itu hingga menutupi hatinya.”

Itulah diistilahkan ‘ar-Raan’ yang Allah sebutkan dalam firman-Nya (mafhumnya): ”sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka“. (Riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah SAW menerangkan menerusi sabdanya itu bahawa amalan maksiat amat berpengaruh terhadap hati Mukmin di mana ia menjadi punca hati Mukmin itu menjadi hitam dan gelap, dapat merosakkan sendi keimanan dan menghapuskan pahala yang dikumpul Mukmin.

Adat manusia mengisi waktunya siang dan malam dengan amalan maksiat, sama ada maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya iaitu meninggalkan perintah Allah seperti solat lima waktu, ataupun melakukan larangan Allah seperti berjudi, berzina, minum arak dan sebagainya.

Maksiat juga berpunca daripada anggota tubuh seperti suka ghibah, memfitnah, menipu, menatap lawan jenis (tidak halal) dengan bernafsu, sumbang mahram, mengadu domba, membuat tuduhan liar dan pelbagai perbuatan tercela lainnya.

Seseorang Mukmin yang benar-benar beriman pasti bersungguh-sungguh menjauhi sebarang bentuk maksiat. Pertama kerana beliau tahu Allah SWT murka terhadap sebarang bentuk perbuatan maksiat dan kejahatan.

Kedua, perasaan malunya kepada Allah SWT kerana melakukan amalan yang dibenci-Nya sedang dia tahu bahawa Allah SWT Maha Melihat dan sentiasa mengawasinya setiap saat.

Saidina Ali berkata: “Hari ini (di dunia) adalah masa beramal (soleh) dan tidak ada hisab padanya, manakala hari esok pula (di akhirat) adalah waktu perhitungan (hisab) dan tidak ada peluang untuk beramal“.

Pelaku maksiat juga akan sentiasa berperasaan resah, dihantui dosa. Sementara akal tidak lagi berfikiran jernih. Orang yang bergelumang maksiat dibimbangi mati dalam keadaan menimbun dosa dan tidak sempat bertaubat.

Maka, seorang Mukmin jangan menganggap remeh suatu dosa atau maksiat yang diperbuat kerana dibimbangi kebaikan dan ibadahnya akan terhapus disebabkan perbuatan dosanya

SEDEKAH DAPAT HAPUSKAN DOSA YANG LEPAS

Lalu bagaimana agar hati kita boleh selalu tenang dan tenteram meski dalam keadaan serba terhimpit juga sulit? Ternyata jawapannya dengan SEDEKAH. Amalan infaq sedekah, atas izin Allah, akan mendatangkan ketenangan jiwa dan juga hati bahagia setelah tertunaikan. Sehingga kita dapat lebih bijak dalam menyikapi suatu masalah dalam hidup ini.
.
Nabi SAW mengumpamakan orang yang bakhil dan orang yang dermawan itu seperti dua orang yang mengenakan baju yang terbuat dari besi dari dada sampai ke betis.

“…Adapun orang yang suka berinfaq, tidaklah dia berinfaq melainkan bajunya akan melonggar atau menjauh dari kulitnya hingga akhirnya menutupi seluruh badannya sampai kepada ujung kakinya. Sedangkan orang yang bakhil, setiap kali dia tidak mau berinfaq dengan suatu apapun maka baju besinya akan menyempit sehingga menempel ketat pada setiap kulitnya dan ketika dia mencoba untuk melonggarkannya maka dia tidak dapat melonggarkannya.” (HR Bukhari dan Muslim)

Berbalik kepada soal hati yang tenang tadi, ianya juga berkait rapat dengan hadith daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ

Maksudnya: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Riwayat al-Tirmizi)

Walaupun begitu, janganlah ingat dengan hanya bersedekah sahaja, secara langsung dosanya terus terampun.

Seolah-olahnya sengaja merancang membuat maksiat dengan anggapan “tidak mengapa, lepas aku buat dosa ni nanti aku sedekahlah. Mesti dosa aku terhapus.”

Sebetulnya diampunkan dosa  dengan sebab sedekah di sini tentu sahaja harus disertai dengan taubat atas dosa yang dilakukan, serta berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Dalam hal ini ayat 99 surah al-A’raf punya jawapannya:

أَفَأَمِنُوا۟ مَكْرَ ٱللَّهِ ۚ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلْقَوْمُ ٱلْخَـٰسِرُونَ ٩٩

Maksudnya: “Maka apakah mereka merasa aman dengan azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiadalah yang merasa aman daripada azab Allah kecuali orang yang rugi.”   

Amalan bersedekah berupaya menjadikan hartanya diberkati oleh Allah. Keberkatan yang terdapat pada hartanya itulah yang menjadikan dirinya akan merasa tenang dan tidak terbelenggu dengan kecintaan terhadap kemewahan dunia. Sabda Baginda SAW

Baiknya Allah kerana menyediakan berbagai penawar dosa dan salah satunya dengan bersedekah. Allah menjadikan sedekah sebagai salah satu sebab diampuninnya kemaksiatan, dihilangkannya keburukan dan dimaafkan baginya.

Wallahua’lam

Sudahkah Anda Menjadi Tangan Yang Memberi?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top