SEDEKAH SUBUH, JUMAAT & RAMADHAN SERTA KEUTAMAANNYA

SEDEKAH SUBUH JUMAAT RAMADHAN

TIGA WAKTU YANG DIGALAKKAN BERSEDEKAH

Telah banyak penulisan sebelum ini yang menceritakan tentang kelebihan bersedekah. Tetapi tahukah anda, setiap sedekah itu ada waktu yang digalakkan iaitu ketika subuh, hari jumaat dan pada bulan Ramadhan. Dan setiap waktu tersebut disebutkan berbagai-bagai ganjaran bagi sesiapa yang bersedekah secara umum dan khusus.

Oleh itu, penulisan ini akan menerangkan tentang sedekah subuh, jumaat dan Ramadhan.

  • Sedekah Subuh

Seperti makna sedekah pada umumnya, maksud sedekah yang paling utama adalah membantu sesama. Waktu subuh adalah waktu yang istimewa bagi umat Muslim. Ketika azan subuh berkumandang hingga matahari telah benar-benar terbit merupakan waktu yang disunahkan untuk memperbanyak amalan. Termasuk di antaranya adalah solat sunat dan wajib, zikir di pagi hari, serta sedekah subuh. Bersedekah pada waktu tersebut juga memiliki sejumlah keutamaan bagi mereka yang mengamalkannya. 

  • Sedekah Jumaat

Hari Jumaat ialah penghulu segala hari, dan pada hari itu terdapat beberapa amalan yang digalakkan antaranya ialah bersedekah. Hari Jumaat juga adalah hari yang dimustajabkan doa dan terdapat solat Jumaat pada hari tersebut yang menghimpunkan Jemaah Islam di masjid-masjid.

  • Sedekah Pada Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan dituntut bagi seluruh umat Islam untuk memperbanyakkan amalan sunat seperti qiamullail, solat sunat, sedekah, bertadarus dan banyak lagi. Bulan ini jugalah ibarat kita semua diberikan token apabila kita menggandakan amalan soleh. Seperti yang disebutkan tadi iaitu bersedekah. Amalan sunat pada bulan Ramadhan dinilai seperti mendapat ganjaran melakukan amalan fardhu pada bulan yang lainnya.

KELEBIHAN UMUM BERSEDEKAH

Selain menjabarkan makna dan maksud sedekah bagi ketiga-tiga waktu tersebut, kita pun perlu memahami apa saja keutamaan di sebalik amalan ini. Berikut adalah beberapa di antaranya.

  • Dikabulkan Doa Dan Permintaan

Sedekah yang diiringi dengan niat yang tulus menjadi salah satu faktor mustajabnya sebuah doa. Oleh kerana itu, banyak ulama yang menganjurkan untuk memperbanyak sedekah di waktu subuh ketika kamu memiliki hajat atau keinginan yang ingin dikabulkan. Syekh Ali Jaber rahimahullah bahkan pernah menyampaikan jika sedekah subuh yang dilakukan secara rutin, doa dikabulkan dan juga boleh melancarkan segala urusan dan menjauhkan diri dari penyakit.

  • Diberi Keberkatan Harta

Memiliki harta yang berkat merupakan keinginan setiap Muslim. Keadaan tersebut dapat dicapai dengan memperbanyak sedekah, termasuk sedekah. Harta yang dikeluarkan melalui sedekah sejatinya tidak pernah berkurang, melainkan berlipat imbalan dan keberkatannya di mata Allah SWT.  

  • Dihapuskan Dosa

Keutamaan sedekah selanjutnya adalah sebagai amalan penghapus dosa. Umat Muslim yang mengeluarkan sebagian hartanya dengan mengharapkan redha Allah akan terhapus dosa-dosa yang pernah dia lakukan. Hatinya pun akan menjadi lebih tenang dan jauh dari rasa cemas maupun gelisah. Hal ini sesuai dengan salah satu hadis yang menyebutkan bahwa sedekah boleh memadamkan dosa seperti air yang memadamkan api. 

  • Dijauhkan Dari Seksa Neraka

Yang tidak kalah penting dari keutamaan sedekah adalah syafaat di akhirat kelak. Sama halnya dengan amalan lain yang dilakukan oleh umat Muslim, sedekah akan membuat mereka yang mengamalkannya dijauhkan dari api dan seksa neraka. Seperti disampaikan dalam HR Bukhari dan Muslim, api neraka dapat dihindari dengan ikhlas bersedekah, meski yang disedekahkan hanya sebutir kurma atau sebaris kalimat thayyibah

  • Orang Yang Bersedekah Akan Mendapatkan Naungan Di Hari Akhir.

Rasulullah SAW menceritakan tentang 7 jenis manusia yang mendapat naungan di suatu, hari yang ketika itu tidak ada naungan lain selain dari Allah, yaitu hari akhir. Salah satu jenis manusia yang mendapatkannya adalah:

رجل تصدق بصدقة فأخفاها، حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه

Maksudnya: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehinggkan tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” (HR. Bukhari no. 1421)

  • Allah Melipatgandakan Pahala Orang Yang Bersedekah.

Allah Ta’ala berfirman:

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

  • Terdapat Pintu Syurga Yang Hanya Dapat Dimasuki Oleh Orang Yang Bersedekah.

Rasulullah SAW bersabda:

من أنفق زوجين في سبيل الله، نودي في الجنة يا عبد الله، هذا خير: فمن كان من أهل الصلاة دُعي من باب الصلاة، ومن كان من أهل الجهاد دُعي من باب الجهاد، ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة

Maksudnya:“Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka ia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu syurga: “Wahai hamba Allah, kemarilah untuk menuju kenikmatan”. Jika ia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, ia akan dipanggil dari pintu solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika ia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (HR. Bukhari no.3666, Muslim no. 1027)

  • Sedekah Akan Menjadi Bukti Keimanan Seseorang.

Rasulullah SAW bersabda:

والصدقة برهان

Maksudnya:“Sedekah adalah bukti.” (HR. Muslim no.223)

An Nawawi menjelaskan: “Iaitu bukti kebenaran imannya. Oleh karena itu sedekah dinamakan demikian kerana merupakan bukti dari Shidqu Imanihi (kebenaran imannya)”

  • Sedekah Dapat Mencegah Pedagang Melakukan Maksiat Dalam Jual-Beli

Rasulullah SAW bersabda:

يا معشر التجار ! إن الشيطان والإثم يحضران البيع . فشوبوا بيعكم بالصدقة

Maksudnya:“Wahai para pedagang, sesungguhnya syaitan dan dosa keduanya hadir dalam jual-beli. Maka hiasilah jual-beli kalian dengan sedekah.” (HR. Tirmidzi no. 1208, ia berkata: “Hasan shahih”

  • Orang Yang Bersedekah Merasakan Dada Yang Lapang Dan Hati Yang Bahagia.

Rasululklah SAW memberikan permisalan yang bagus tentang orang yang dermawan dengan orang yang kedekut:

مثل البخيل والمنفق ، كمثل رجلين ، عليهما جبتان من حديد ، من ثديهما إلى تراقيهما ، فأما المنفق : فلا ينفق إلا سبغت ، أو وفرت على جلده ، حتى تخفي بنانه ، وتعفو أثره . وأما البخيل : فلا يريد أن ينفق شيئا إلا لزقت كل حلقة مكانها ، فهو يوسعها ولا تتسع

Maksudnya:“Perumpamaan orang yang kedekut dengan orang yang bersedekah seperti dua orang yang memiliki baju besi, yang bila dipakai menutupi dada hingga selangkangannya. Orang yang bersedekah, kerana sedekahnya ia merasa bajunya lapang dan longgar di kulitnya. Sehinggkan hujung jarinya tidak terlihat dan baju besinya tidak meninggalkan bekas pada kulitnya. Sedangkan orang yang kedekut, kerana kedekutnya ia merasakan setiap lingkar baju besinya merekat erat di kulitnya. Ia berusaha melonggarkannya namun tidak boleh.” (HR. Bukhari no. 1443)

Dan hal ini tentu pernah kita buktikan sendiri bukan? Ada rasa senang, bangga, dada yang lapang setelah kita memberikan sedekah kepada orang lain yang membutuhkan.

Dan masih banyak lagi dalil-dalil yang mengabarkan tentang manfaat sedekah dan keutamaan orang yang bersedekah. Tidakkah hati kita terpanggil?

  • Pahala Sedekah Terus Berkembang

Pahala sedekah walaupun hanya sedikit itu akan terus berkembang pahalanya hingga menjadi besar. Rasululklah SAW bersabda:

إنَّ اللهَ يقبلُ الصدقةَ ، ويأخذُها بيمينِه ، فيُرَبِّيها لِأَحَدِكم ، كما يُرَبِّي أحدُكم مُهْرَه ، حتى إنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ

Maksudnya:Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kalian, sebagaimana kalian mengembangkan seekor anak kuda. Sampai-sampai sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud” (HR. At Tirmidzi 662, ia berkata: “hasan shahih”)

  •  Boleh Iri Kepada Orang Yang Dermawan

Iri atau hasad adalah akhlak yang tercela, namun iri kepada orang yang suka bersedekah, ingin menyaingi kedermawanan dia, ini adalah akhlak yang terpuji. Rasululklah SAW bersabda:

لا حسدَ إلا في اثنتين : رجلٌ آتاه اللهُ مالًا؛ فسلَّطَ على هَلَكَتِه في الحقِّ ، ورجلٌ آتاه اللهُ الحكمةَ؛ فهو يَقضي بها ويُعلمُها

Maksudnya: Tidak boleh hasad kecuali pada dua orang: seseorang yang diberikan harta oleh Allah, kemudia ia belanjakan di jalan yang haq, dan seseorang yang diberikan oleh Allah ilmu dan ia mengamalkannya dan mengajarkannya” (HR. Al Bukhari 73, Muslim 816)

Jom edekah

KELEBIHAN KHUSUS BERSEDEKAH BAGI TIGA WAKTU TERSEBUT

(Sedekah Subuh) Dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfak”, sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya).” (HR. Bukhari 5/270).

(Sedekah Jumaat) “Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain.” (Ibnu Qayyim)

(Sedekah Puasa) Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Qudsi yang bermaksud: “Setiap amalan manusia akan diganjarkan kebaikan semisalnya sehingga 700 kali ganda. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’” (Hadis Riwayat Muslim)

Salah satu keutamaan bersedekah di bulan Ramadhan adalah bahwa di bulan mulia ini, setiap orang lebih dimudahkan untuk berbuat amalan kebaikan, termasuk sedekah. Tidak dapat dinafikan bahwa pada dasarnya manusia mudah terpedaya godaan syaitan yang senantiasa mengajak manusia meninggalkan kebaikan, kata syaitan dalam surah al-A’raf ayat ke-16:

فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ

Maksudnya: “Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus.” (Qs. Al A’raf: 16)

Sehingga manusia enggan dan berat untuk beramal. Namun di bulan Ramadhan ini Allah mudahkan hamba-Nya untuk berbuat kebaikan, sebagaimana dikabarkan oleh Rasulullah SAW: 

إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة ، وغلقت أبواب النار ، وصفدت الشياطين

“Jika datang bulan Ramadhan, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu.” (HR. Bukhari no.3277, Muslim no. 1079)

Pada zaman sekarang, selain sedekah di masjid, sedekah boleh juga dilakukan secara online. Selain duit, kita boleh sedekah dengan memberi makanan seperti nasi bungkus, besar pahalanya. Jika tak mampu, cukup sekadar senyuman. Justeru, rebutlah peluang bersedekah pada waktu subuh, hari Jumaat dan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Jika anda berminat untuk menyalurkan sumbangan boleh klik pada butang “Bantu Mereka” di bawah dan salurkan sumbangan anda. Semoga dipermudahkan segala urusan anda dan Terima kasih!

Sudahkah Anda Menjadi Tangan Yang Memberi?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top