Suasana Kelas Bimbingan Islam bersama Saudara Haikal Chan

21 Januari 22, Kebanyakan saudara baru kami hampir kesemuanya berbangsa Tionghua dan menghadapi masalah berkomunikasi bahasa. Maka, kami menjemput Saudara Haikal Chan untuk meminjamkan kami kemahiran beliau dalam membimbing saudara baru ini.

Beliau juga merupakan seorang pemimpin aktiviti Tionghua dari PERKIM Cawangan Gerak. Sememangnya kami memerlukan kesabaran bagi mendidik mereka dalam kelas fardhu ain dan tajwid secara asas.

Beberapa poster asas tajwid juga telah kami lekatkan untuk membantu proses pengajaran. Insya-Allah, selepas lima bulan akan datang mereka mampu menguasai ilmu asas fardhu ain dan boleh membaca al-Quran dengan baik. Selain itu, doakan kami juga agar terus beristiqomah dalam membimbing mereka semua

Sudahkah Anda Bersedekah Hari Ini?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti asnaf, ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik , muallaf, anak yatim dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top