Sumbangan Kepada Asnaf

Ketika menguruskan majlis pengislaman rasmi seorang wanita dari Sarawak hari ini, beberapa asnaf hadir memohon sumbangan serta mengadu perihal keperitan hidup mereka. Selain itu, Nur Iman (pemohon memeluk Islam) ditemani oleh sepupunya seorang saudara baru Islam yang juga seorang asnaf serta adiknya yang belum memeluk Islam. Kesemua mereka disantuni dengan sedikit sumbangan wang tunai serta barangan keperluan. Alhamdulillah, dengan ada sedikit barangan yang ada di Pejabat PERKIM, dapat kami kongsikan kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih atas sumbangan penderma budiman, kerana sumbangan anda telah kami salurkan kepada asnaf yang memerlukan ketika ini.
sumbangan-asnaf-perkim-datuk-keramat.2jpg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top