Sumbangan Fadhil & Fahmi

Alhamdulillah, kedua adik beradik ini telah mula berubah. Bantuan dan prihatin masyarakat sekitar mampu menganjak diri dan minda mereka berdua. Daripada hidup tidak terurus, putus asa dan harapan, tidak ada hala tuju, kini mereka disinari cahaya perubahan.
 
Sumbangan berterusan dalam bentuk makanan, kewangan dan lain-lain keperluan, sambil menyuakan motivasi semangat kepadanya membuahkan hasil. Fadhil dan Fahmi sedang ingin berubah, meningkatkan hidup mereka untuk berdikari.
 
Mereka sudah menjaga solat, mengisi waktu dengan amalan berfaedah, bahkan menjadi sukarelawan dakwah kami membantu rakan-rakan lain yang dalam kesusahan.
Semoga kita terus memberi dukungan dan semangat kepada mereka. Tidak ada yang mustahil, kerana manusia adalah makhluk istimewa dan mulia di sisi Allah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top