Alhamdulillah, pada beberapa hari lepas PERKIM Datuk Keramat bersama 5 NGO luar telah bekerjasama dalam membantu golongan asnaf dan juga para pelajar Komuniti Chow Kit.
Mereka rata-ratanya adalah golongan gelandangan. Terima kasih juga kepada Tuan Haji Halim dan isterinya yang turut hadir dengan membawa sumbangan makanan, yang mana hasil dari duit poket mereka sendiri bersama rakan-rakan terdekat yang lain.
Mudah-mudahan dengan sedikit sumbangan yang disampaikan kali ini dapat menceriakan lagi sambutan Hari Raya mereka semua. Semoga majlis ini juga dapat menjadi saksi amalan kita semua apabila di padang Mahsyar nanti, InsyaAllah!