Sumbangan Kecemasan Musibah Banjir sekitar Kuala Lumpur dan Selangor

Musibah banjir yang melanda negara sejak beberapa hari yang lalu telah menyebabkan kemusnahan yang besar. Ramai golongan masyarakat yang terkesan dan turut terjejas. Mungkin ada juga yang tidak pernah merasai bencana banjir, namun kali ini turut menjadi mangsa.

Mereka yang terjejas semuanya ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk beberapa hari ini. Ada di antara mereka yang kehilangan rumah dan kediaman untuk berteduh, tidak kurang juga barangan-barangan rumah yang rosak teruk. Ada yang kehilangan kenderaan yang mana dihanyutkan oleh air bah, serta ada juga yang kenderaan rosak teruk dan perlu dibaiki dengan kos yang tinggi.

Apa yang lebih memilukan lagi, ada yang kehilangan orang-orang tersayang disebabkan bencana ini. Antara kelompok yang terkesan dengan musibah banjir ini adalah kanak-kanak, warga emas serta fakir miskin.

Oleh itu, PERKIM Datuk Keramat seperti mana pertubuhan lain juga tampil menghulurkan bantuan dan sumbangan sekadar mampu. Sasaran kami adalah untuk membantu seramai mungkin penduduk di Lembah Klang dengan memberikan sumbangan tunai, bahan makanan mentah, pek makanan siap masak, serta peralatan seperti dapur, periuk nasi eletrik dan sebagainya.

Bermula hari ini, misi kami adalah membantu mereka dengan sedaya upaya agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Marilah sama-sama kita menyumbang dan membantu saudara-saudara kita yang terjejas ini. Terima kasih kerana anda menjadi masyarakat yang prihatin dan turut merasa kasih terhadap sesama insan.

Sudahkah Anda Bersedekah Hari Ini?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti asnaf, ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik , muallaf, anak yatim dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *