Sumbangan Kepada Puan Nur Aini Syuhada

Sumabangan-aini-syuhada-1
Kami mendapat maklumat ada seorang ibu bersama empat orang anak-anak kecil yang ditinggalkan oleh suami dalam keadaan tidak diberi nafkah. Kami menziarahi beliau untuk membantu meringankan bebannya dengan sumbangan berbentuk barangan keperluan, lampin pakai buang untuk anak-anaknya, selain sedikit wang tunai.
 
Puan Nur Aini Syuhada berasal dari Sarawak. Memeluk Islam pada tahun 2017. Dalam keadaan beliau terumbang-ambing tanpa bimbingan agama, beliau pula ditinggalkan oleh suami.
 
In Sya Allah, kami akan menziarahi beliau lagi dalam masa terdekat untuk melihat perkembangannya selain mengetahui permasalahan beliau. Jika diizinkan, kami akan membantu beliau dan keluarganya secara tetap sehingga beliau mampu keluar dari kemelut kesusahan ini.
Sumabangan-aini-syuhada-2

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top