Sumbangan Kepada Saudara Baru

PERKIM Datuk Keramat menyampaikan sumbangan kepada 100 penerima pada 11 September 2021. Majlis sumbangan diadakan di Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah Kuala Lumpur. Penerima sumbangan adalah terdiri daripada saudara baru di bawah kelolaan Ustaz Amran Anbarasu (30 orang), saudara baru yang mengikuti kelas pengajian PERKIM Datuk Keramat (30 orang), 20 pengawal keselamatan bangunan PERKIM serta petugas kebersihan. Selain itu, beberapa orang daripada kakitangan PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan.
 
Alhamdulillah, meskipun serba ringkas, majlis diadakan dengan sempurna. Kesemua mereka mendapat barangan keperluan makanan serta sedikit wang tunai. Kami berharap majlis seperti ini dapat diadakan setiap bulan bagi membantu saudara baru Islam dalam meneruskan kehidupan mereka seperti insan lainnya. Doa kami agar para penderma sudi berkongsi rezeki dengan mereka untuk kami laksanakan aktiviti serupa sekerap mungkin. Dalam kesempatan itu juga, ada individu yang menyatakan hasrat mengajak kenalan memeluk Islam. Kami mengalu-alukan hasrat mereka dan sedia mengatur urusan pengislaman mereka dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top